11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KAJANG – Dua premis kafe siber di Taman Tun Perak, Balakong diserbu Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) baru-baru ini hasil rondaan dan aduan orang awam.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKj, Rajani Rajimin berkata, serbuan yang diketuainya bersama 10 anggota penguatkuasa dibuat selepas mendapat maklumat bahawa premis tersebut disyaki menjalankan aktiviti perjudian secara atas talian.
Menurutnya, hasil serbuan mendapati premis tersebut beroperasi tanpa kebenaran pihak MPKj dan pemiliknya dikompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPKj) 2007.
“Kedua-dua premis dikompaun maksimum RM1,000 dan 19 unit komputer dan 19 unit pemproses pusat (CPU) disita hasil serbuan tersebut.
“Kedua-duanya juga diarahkan tutup serta merta dan kita akan terus memantau operasi ke atas mana-mana premis terlibat bagi memastikan pengusahanya mematuhi peraturan ditetapkan MPKj,” katanya.
Rajani berkata, pihaknya kesal kerana pengusaha kafe siber itu yang beroperasi tanpa lesen, malah turut menerima aduan daripada orang awam.
“Kita akan terus memantau dan sekiranya pemilik masih meneruskan operasi, tindakan saman akan diambil,” katanya.
Sinar Harian

2 ulasan:
Kalau kompaun RM1000.00 gelak aje tokeh tu. Satu hari bleh untung beribu-ribu. Bagilah kompaun RM1juta ke baru ada kesan

Catat Ulasan