22 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Keghairahan dan kegembiraan pelumba kereta dan penonton menyaksikan perlumbaan di Lebuh Keluli, Seksyen 7, berdekatan I- City lenyap apabila polis mengepung mereka, malam kelmarin.
Dalam operasi kira-kira jam 2.30 pagi itu, mereka cuba meloloskan diri daripada serbuan, tetapi gagal apabila semua lorong ditutup.
Operasi yang dijalankan lima jam itu melibatkan Unit Khas Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Khuzir Abdul Majid berkata, ketika operasi, pemilik sedang mempamerkan kereta diubah suai dan ada melakukan aksi berbahaya sambil disaksikan penonton.
Menurutnya, pemilik kereta bertindak meninggalkan kenderaan di sekitar kawasan premis.
“Sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipercayai aktif berlumba ditinggalkan dan hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu milik Proton Wira.
“Kita menunda kereta lain selepas memeriksa kenderaan ditinggalkan pemilik,” katanya.
Khuzir berkata, 300 kereta pelbagai guna yang diubah suai dibawa ke JPJ Padang Jawa untuk pemeriksaan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan