22 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KULIM - Hasrat seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun untuk melarikan kekasihnya tidak kesampaian apabila mereka ditahan di Stesen Bas Kulim kira-kira jam 10 pagi kelmarin ketika hendak membeli tiket menuju ke Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku apabila orang awam ternampak suspek dan mangsa yang merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun berlegar di kaunter tiket dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi polis.
Mangsa ketika ditemui berkata, dia mengenali suspek sebulan lalu apabila suspek tersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.
Menurutnya, sejak itu, suspek mula menghubungi mangsa dan menjalinkan hubungan cinta.
“Saya tidak kenal dia (suspek). Kami berkenalan hanya melalui telefon sahaja. Dia tinggal di Johor dan berasal dari Solo, Indonesia. Dia sering menghubungi saya dan menyatakan hasrat membawa saya ke Kuala Lumpur bersiar-siar.
“Beberapa hari lalu, dia mendesak untuk berjumpa saya. Dia mengarahkan saya memakai pakaian sekolah apabila keluar dari rumah. Selain itu, dia turut mengarahkan saya membawa sijil kelahiran dan buku bank bersama,” katanya.
Mangsa berkata, suspek menghubunginya melalui telefon kira-kira jam 6.15 pagi kelmarin dan memintanya untuk pergi ke rumah seorang rakan.
Katanya, apabila tiba di tempat dijanjikan, suspek membawanya ke Stesen Bas Kulim untuk mendapatkan tiket ke Kuala lumpur sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Solo di Indonesia.
“Dia mengugut saya sekiranya tidak mahu mematuhi arahan, sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap saya. Saya takut dan terpaksa ikut segala kehendaknya.
“Sepanjang perjalanan ke Kulim, suspek hanya memegang tangan saya dan berkata dia akan membawa saya ke kampungnya di Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun suspek menafikan segala kenyataan dibuat mangsa sebaliknya menyatakan mangsa meminta suspek membantunya kerana sering dipukul teman lelakinya.
“Saya mengenali dia (mangsa) sebulan lalu dan kami menjalinkan hubungan cinta sejak dua minggu ini. Sepanjang perkenalan kami, ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon. Saya datang untuk membantunya dan tidak berniat jahat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang peka dan prihatin sehingga berjaya mematahkan cubaan melarikan mangsa.
Menurutnya, dari siasatan dan pemeriksaan dijalankan terhadap SMS dihantar suspek, polis mendapati suspek telah merancang untuk melarikan mangsa sejak beberapa hari lalu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan