22 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an ditahan polis dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan mencuri motosikal kira-kira jam 5.30 petang kelmarin di sekitar kawasan pasar borong Taman Kenari.
Ketua Balai Polis Kulim, Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, dua anggota polis sedang membuat rondaan pencegahan jenayah dan kemudiannya ternampak suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, semakan terhadap nombor pendaftaran serta enjin motosikal digunakan suspek dan mendapati ia merupakan nombor pendaftaran palsu.
“Dari semakan dibuat melalui Bahagian Rujukan Jenayah (BRJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mendapati motosikal digunakan suspek dilaporkan hilang sejak Disember 2011 di Kulim. Selain itu nombor pendaftaran digunakan suspek merupakan nombor pendaftaran kereta.
“Suspek turut memiliki rekod jenayah lampau. Polis kemudiannya membuat ujian saringan air kencing terhadap suspek dan mendapati ia negatif. Suspek akan ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.
Azlan berkata, sepanjang minggu ini, polis berjaya menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Kulim.
Katanya, kecuaian pemilik motosikal meletakkan motosikal di tempat yang tersorok dan tidak menggunakan kunci tambahan merupakan faktor utama kes kecurian motosikal meningkat.
“Dari tinjauan dibuat, ada dalam kalangan pemilik yang meninggalkan motosikal mereka dalam keadaan enjin masih hidup sebelum masuk ke dalam kedai runcit. Ini antara kecuaian yang sering dilakukan oleh pemilik motosikal,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan