11 Julai 2012

Finaz Yunus akhirnya mohon maaf kepada Abby Abadi

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu.

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil)

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.

Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.

1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah

Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

-ehgosip

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul pon apa yang finaz cakap tu, masuk parti islam bukan nye tiket nak hina atau nak cerca ornag lain. Patutnya orang yang kononnya kuat islam macam Abby la yang nak tunjuk contoh yang baik dan nak cakap benda2 baik. Bukan ke islam cakap kalau nak tegur orang tegur la cara berhikmah....Kalau cara Abby tu tak berhikmah langsung...