21 Syaaban 1433H. [MOD] -
PEKAN: “Tidak ada istimewanya berada di kawasan Perdana Menteri (PM) kerana nasib kami penanam padi tidak pernah dibela,” uah seorang penduduk Pahang Tua.
Md. Fadzir Bidin, 44, merupakan salah seorang daripada lebih 500 penanam padi di kampung Pahang Tua, Langgar dan Lamir di daerah ini yang pernah diisytiharkan sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang dahulu.
Projek seluas 1,226 ekar itu mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Pahang, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).
Menurut Fadzir yang juga ketua blog Melur, para petani di tiga kampung berkenaan banyak kali terpaksa menanggung kerugian akibat hasil rosak, kerana masalah mesin jentuai (jentera penuai padi), yang tidak dihantar tepat pada masanya.
Katanya, urusan jentuai di bawah kendalian Pasfa namun sering kali menimbulkan masalah mengakibatkan hasil pendapatan petani merosot sehingga 50 peratus.
“Umpamanya pada musim lalu petani di Pahang Tua sahaja telah kerugian tidak kurang daripada RM84,000. Biasanya dalam satu ekar mereka dapat dua tan kalau jadi seperti ini hasil pendapatan merosot sehingga 50 peratus.
“Masalah seperti ini bukannya baru tetapi sudah berlarutan sejak 10 tahun, kenapa jadi begini sehingga tidak membuat perkiraan awal membawa masuk mesin-mesin ini oleh Pasfa.
“Selain mesin sistem perairan juga menimbulkan banyak masalahtan juga banyak masalah, pembajakan tanah paya pula tidak sempurna di samping kelewatan barang subsidi seperti baja dan racun,” ujarnya ketika ditemui di sini.
Menurut Fadzir, selain sering membuat laporan kepada agensi berkenaan perkara tersebut juga sudah banyak kali diadukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Peramujaya namun tiada tindakan diambil. Mereka juga sudah menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Pekan namun masih tiada tindakan penyelesaian.
“Harapan kami kalau boleh Najib turun-turunlah dengar masalah petani di sini. Ini semua saudara mara waris dia belaka. Walaupun kami pengundi dia tapi nak mengadu secara langsung tak pernah dapat kerana banyak sangat birokrasi. Ketua kampung dan wakil rakyat juga tidak menyampaikan masalah kami dengan jujur.
“Masalah dibiar berlarutan seperti inilah yang membuatkan Najib hampir kalah dalam PRU 1999. Jadi eloklah Najib datang lunaskan slogan pemerintahannya iaitu Rakyat didahulukan, Janji ditepati dan YB turun padang,” tegasnya.
Seorang petani lagi, Wan Zulbazlan Wan Nasir, 38, berkata sudah tiga orang Menteri Pertanian yang datang ke kampung mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Effandi Norwawi dan Datuk Seri Noh Omar lalu mengumumkan kawasan tersebut sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang oleh Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri Pahang sebagai Jelapang Padi negeri.
Katanya, kerajaan juga sudah mengumumkan suntikan sebanyak RM30 juta tetapi sehingga kini tidak nampak menguntungkan petani dan nasib mereka tidak berubah.
“Satu lot paya petani bersamaan dua ekar. Kos RM700 seekar jadi RM1,400. Harga padi RM1,150 setan. Pada masa ini petani sudah boleh mengusahakan padi dua kali setahun, jadi sepatutnya sudah boleh menjadi sumber pendapatan utama,” katanya.
Isrulnizam Yusof, 30, pula berkata mereka mengadu ialah untuk menjaga undi Najib juga sebab itu harap Najib selepas berlegar menabur janji seluruh negara, sesekali turunlah ke kampung asalnya menjenguk masalah penanam padi di sini biar jabatan kerajaan memberi perkhidmatan lebih baik.
harakahdaily/-

1 ulasan:
Sembang la org situ.. kalau diri sendiri xnak berubah, jangan nak salahkan pemimpin.. benci aku baca berita kat atas.. aku sendiri yang pernah buat kerja kat situ.. tempat kerja yang paling menyakitkan hati aku.. petani kat situ kebanyakkan pemalas belaka.. sembang kat kedai kopi boleh harap la.. buat kerja xseberapa.. ubah la diri sendiri dulu wahai petani2 kawasan Pekan.. jangan nak tuding jari.. cermin la diri sendiri dulu.. jangan nak fikir diri kita semuanya betul, orang lain yang salah...
Catat Ulasan