9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
PASIR MAS: Biar pun Menteri Kerjaraya, Datuk Seri
Shaziman Abu Mansor meminta kerajaan Kelantan menghentikan kutipan derma
dana lebuh raya rakyat, sebaliknya orang ramai tetap tampil
menghulurkan sumbangan.
Semalam Masjid An-Nur Kubang Bemban menganjurkan jamuan laksa bagi mengutip derma dana lebuh raya rakyat menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai yang dirancang kerajaan negeri.
Pengerusi program tersebut, Che Pa Che Jid berkata, kira-kira 200 kilogram laksa disediakan bagi jamuan lebih kurang 1,000 orang untuk mengisi dana wakaf projek berkenaan.
“Program bermula selepas solat Zohor sehingga waktu Isya. Sambutan orang ramai Alhamdulillah begitu menggalakkan sekali.
“Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad, penghulu-penghulu mukim dan orang ramai hadir memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan untuk rakyat.
“Orang ramai tidak putus-putus datang. Mungkin kami masjid mukim pertama di Kelantan menganjurkan program seumpama ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.
Menteri Kerjaraya sebelum ini dilapor meminta kerajaan Kelantan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah bekalan air bersih, berbanding mengutip derma membina lebuh raya rakyat.
Sebelum ini wat-wat Siam di seluruh Kelantan menganjurkan kutipan derma bagi mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat. Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Wat Machimmaran, Tumpat.
Lebih RM60,000 dikumpul masyarakat Siam dalam bentuk pokok duit. Wakil-wakil wat kemudian menyerahkan pokok duit tersebut kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Che Pa berkata, usaha dilakukan itu sebagai aspirasi kepada pihak-pihak lain untuk turut sama mengadakan program serupa bagi sama-sama mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat.
“Sedekah jariah digalakkan Islam terutamanya perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai seperti lebuh raya. Projek itu dinafikan kerajaan pusat jadi kita sebagai rakyat perlu mengambil inisiatif sendiri,” ujarnya.
Menurutnya jumlah kutipan disasarkan kira-kira RM20,000. Kutipan juga akan dilakukan secara berterusan selepas ini.
Kata beliau juga wang kutipan derma itu akan diserah kepada kerajaan negeri.
Penghulu Mukim Kubang Bemban, Abdul Aziz Che Yusoff berkata, biar pun keadaan hujan dan cuaca mendung, namun orang ramai tetap datang menjamu selera sambil menderma.
harakah/-

1 ulasan:
1 langkah yg sungguh2 amat mulia. Apakah Kerajaan Pusat tidak 'MALU' d dalam hal ini. Pemimpin2 UMNO khususnya yg menjadi tunggak kepada Kerajaan Pusat seharusnya sedar dan malu d dalam perkara ini. D amankah "KEMALUAN" Pemimpin2 UMNO/BN dalam Negara ini? Sudah hilang mungkin kemaluan mereka d makan oleh "SYAITAN YG D KENALAI"...
Catat Ulasan