Aktivis SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berdepan dengan Pengerusi Lynas, Nick Curtis di mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat Australia itu di Sydney hari ini, selepas Curtis memberitahu pemegang saham bahawa loji kontroversinya di Gebeng, akan mula memproses nadir bumi bulan depan.

azlan
SMSL, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini berkata, beberapa pemegang saham di AGM itu meragui pengumuman dan 
menyoal Curtis tentang rancangan Lynas - sekiranya kerajaan Malaysia sekarang kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Curtis mengelak soalan tersebut dan menyatakan bahawa adalah tidak sesuai baginya untuk menjawab soalan hipotetikal itu semasa AGM, tambah kenyataan SMSL itu lagi.

Selepas jurucakap SMSL, Tan Bun Teet, membangkitkan soalan pertamanya, barulah pemegang saham lain menyedari bahawa wakil SMSL hadir dalam mesyuarat itu.

Para pemegang saham kemudian berulang kali meminta mesyuarat tersebut membenarkan wakil SMSL menyuarakan kebimbangan mereka tetapi ia ditolak oleh Curtis, yang mencadangkan perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan di luar mesyuarat, kata SMSL.

Apabila peguam Lynas, Arnold Andrew memaklumkan kepada mesyuarat tersebut bahawa syarikat itu telah melepasi semua halangan undang-undang di Malaysia, ia disangkal oleh Tan yang berkata Mahkamah Tinggi di Kuantan hanya menarik balik penggantungan lesen operasi sementara Lynas dan bahawa kes itu belum sampai ke peringkat perbicaraan penuh.

NONE
SMSL juga mendakwa Curtis memberitahu mesyuarat itu bahawa 
SMSL telah menolak jemputan awal dari Lynas untuk melawat kilang nadir bumi itu.

Bagaimanapun, Tan segera menyangkal  dakwaan tersebut dan mendakwa Curtis pembohong kerana kerana SMSL yang meminta untuk melawat loji tersebut dan mengadakan dialog dengan pihak pengurusan syarikat tersebut seawal Oktober 2011 tetapi Lynas tiada sebarang jawapan dari Lynas.

Di luar premis AGM tersebut, aktivis dan penyokong SMSL mengadakan protes, dengan membawa sepanduk dan poster. Ia juga dihadiri MP New South Wales, Jamie Parker, yang memberikan ucapan semasa protes tersebut.