21 November 2012

Pondok TG Haji Salleh sumbang Lebuhraya Rakyat

7 Muharram 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sumbangan daripada Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik, Kedah untuk tabung pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT),  Ustaz Helmi di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka selepas Menteri Besar Kelantan itu selesai menyampaikan kuliah subuh baru-baru ini.

Helmi ketika ditemui berkata, sumbangan kira-kira RM5,100 itu dikumpulkan oleh pelajar serta pendokong pondok tersebut yang simpati dengan nasib rakyat Kelantan yang dizalimi oleh BN.

Katanya, pelajar-pelajar bersungguh-sungguh mengumpul sumbangan dengan pelbagai usaha yang dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

“Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik.

“Kami ingin bersama-sama membantu Tok Guru agar projek lebuhraya ini dapat disiapkan,” ujarnya.

Pondok Tuan Guru Haji Saleh mengadakan program Kembara Ilmu mendekati Ulama melibatkan 120 pelajar pondok tersebut.

Dikesempatan itu, rombongan singgah menunaikan solat subuh di Masjid Tok Guru dan menyerahkan sumbagan tersebut terus kepada Tok Guru Nik Aziz.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu.

harakah/-

Tiada ulasan: