Pengerusi
BERSIH Datuk S Ambiga menyeru pengundi berdaftar yang berada di luar
negara pulang ke Malaysia untuk mengundi dan tidak menggunakan undi pos
dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, beliau menyeru
demikian memandangkan syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) bagi pengundian pos di luar negara didakwanya sangat mengelirukan
dan meragukan.
Beliau merujuk kepada syarat SPR yang mengatakan warganegara yang pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen.

Katanya peraturan itu mengelirukan dan tidak adil bagi pengundi yang berada di luar negara.
"Syarat bahawa pengundi perlu kembali ke Malaysia dalam masa lima tahun dan selama 30 hari pada pendapat kami tidak boleh dilaksanakan. Ia tidak adil untuk pengundi.
"Peraturan yang dikeluarkan tidak lengkap. Banyak kekeliruan tentang pengundi pos," katanya.

malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan