07 Februari 2013

MEWARISI TUGAS RASULULLAH SAW

26 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Tuan-tuan Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada tuan-tuan yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Dan janganlah kita semua mati selain dalam keadaan bertaqwa kepada Allah Taala. Semoga kehidupan kita diredhai Allah dan beroleh syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Semua nabi dan rasul diutuskan kepada umat manusia adalah untuk mengajar  agama ISLAM yang merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah Taala. Matlamat agama Islam adalah memberi kebahagiaan hidup kepada manusia di atas dunia dan juga kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
Adapun Nabi Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul terakhir dan merupakan pelengkap kepada ajaran-ajaran Islam yang telah dibawa oleh para rasul dan nabi sebelumnya.
            Ini dapat kita fahami di mana sebelum Rasulullah SAW wafat, al-Qur'an ada menyatakan bahawa agama Allah telah disempurnakan, kecintaan Allah kepada semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenaran wahyu Allah akan terus dijaga. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Agama Islam ditegakkan dua sumber utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda sedang gering dengan pesanan kepada umat Islam bahawa mereka tidak akan sesat jika berpegang teguh kepada kandungan al-Quran dan as-Sunnah. Imam Malik telah meriwayatkan hadith Rasulullah yang berbunyi:
Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

            Persoalan besar timbul ialah apakah peranan tuan-tuan dan umat Islam sekalian dalam usaha membuktikan kasih sayang, kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah SAW?. Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah SWT dan nasihat Rasulullah SAW?

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sementara kita masih ada sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga; apakah tugas dan peranan yang kita boleh bantu untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas Rasulullah.  Oleh itu, sempena kehangatan bulan kelahiran Rasulullah yang masih lagi berbaki, saya pada hari ini ingin menasihatkan, bahawa kita boleh membantu menyambung amanah Allah dan Rasulullah s.a.w ini dengan cara-cara berikut:

Pertama: menjalankan tugas-tugas dakwah dengan lebih proaktif kerana kerja
dakwah adalah tugas utama Rasulullah SAW.
Setiap rasul termasuklah Rasulullah SAW ditugaskan untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umatnya. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk meneruskan dakwah dengan mengajar umat manusia kepada agama Islam.
Ketahuilah bahawa agama Islam yang sedang kita nikmati pada hari ini adalah merupakan kesan daripada dakwah para sahabat dan generasi-generasi selepasnya. Mereka berdakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia demi mengharapkan umat manusia sentiasa berada kesejahteraan dan kemanisan iman seperti yang mereka kecapi.

Kedua:   mengajak ahli keluarga, kaum kerabat, dan orang lain mematuhi
                ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Agama Islam mengikat umatnya untuk tunduk dan taat kepada setiap ajaran yang dibawa oleh Rasululullah. Dengan menjadi Muslim, kita telah menyerahkan kehidupan dunia kita kepada Islam untuk mengamalkan segala tuntutan dan menjauhi segala tegahan. Dengan mengamalkannya kita beroleh ketaqwaan kepada Allah. Menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menjaga diri kita dan keluarga kita daripada api neraka.
Agama Islam melarang dengan tegas kebebasan mutlak. Kebebasan boleh merosakkan setiap sendi penting dalam masyarakat. Cuba bayangkan, kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita mahu walaupun perkara tersebut merupakan satu kezaliman kepada sesuatu pihak. Misalnya kita bebas mengambil harta bukan milik kita, sudah pasti keadaan akan menjadi lebih parah lagi bila setiap orang boleh mengambil harta yang bukan kepunyaan dirinya. Jadi keadaan akan menjadi kucar kacir kerana tiada sekatan atau undang-undang untuk mengawal keadaan tersebut daripada menjadi lebih parah lagi.
Setiap pergerakan diri kita dan ahli keluarga kita perlu dikawal dengan syariat Islam.  Menjadi peranan kita sebagai bapa dan ketua keluarga untuk memastikan perkara makruf atau kebaikan dipelihara dan ditegakkan, dalam masa yang setiap perkara mungkar perlu ditegah dan dijauhkan daripada diri kita dan keluarga kita.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita merenung Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang berbunyi:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ﴿٤٩﴾ وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ ﴿٥٠﴾
Maksudnya : Khabarkanlah oleh-mu (Rasulullah) kepada hamba-hamba-Ku bahawa sesungguhnya Aku-lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesungguhnya azab-Ku adalah pedih (surah al-Hijr ayat 49-50)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ayat di atas menerangkan tugas-tugas seorang Rasul adalah untuk  memberitahu umat manusia bahawa Allah Maha Pengampun setiap dosa-dosa yang dilakukan walaupun seluas bumi dan langit. Oleh itu sedarilah, setiap dari kita tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa, marilah kita memperbanyak taubat kepada Allah Taala dan memohon perlindungan daripada Allah Taala untuk menghindarkan diri kita ke dalam maksiat. Sesungguhnya, Allah Taala Maha Penyayang ke atas setiap hamba-hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu bapa kita kepada kita. Janganlah kita meletakkan diri kita dalam perkara-perkara maksiat kerana sesungguhnya maksiat boleh menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah. Merayakan hari kekasih atau Valentine Day pada setiap 14 haribulan Februari bukanlah daripada adab budaya kita umat Islam. Kepada anak-anak muda, janganlah kita mengikut jejak langkah orang-orang yang derhaka dan tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
 

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Tiada ulasan: