07 Februari 2013

Gelabah terjun laut

pix_topright26 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Georgetown: Panik perbuatan jahat mereka berjaya dikesan polis dan orang ramai, dua penjenayah nekad terjun ke dalam laut di persisiran Pantai Gurney di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, dua lelaki terbabit yang menunggang motosikal, masuk ke dalam sebuah kedai runcit dan seorang daripada mereka berpura-pura membeli minuman.

Ketika pemilik kedai membuka laci kaunter, suspek merampas wang tunai RM30 dari dalam laci terbabit dan melarikan diri bersama rakannya yang sudah bersiap sedia menunggu di atas motosikal tidak jauh dari kedai.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dilihat anggota polis yang melakukan rondaan selain orang ramai yang turut mengepung menyebabkan lelaki berkenaan nekad terjun ke dalam laut.

Seorang daripada mereka berjaya ditahan kerana tidak pandai berenang manakala rakannya meredah lumpur berikutan air surut ketika itu menyebabkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu menahannya berkenaan, tetapi gagal kerana keadaan berlumpur.

metro/-

Tiada ulasan: