07 Februari 2013

Dari bayar PSY, baik bayar orang kurang upaya

26 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



(Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan hadiah sempena Tahun Baru Cina kepada pengundinya)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tindakan BN  mengundang artis popular Korea, Psy sempena Tahun Baru Cina sebagai membazir.

Malah, beliau turut menyarankan dengan sumber kewangan yang dikeluarkan untuk membayar artis tersebut seharusnya diberikan gologan kurang berkemampuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi warga Cina sempena Tahun Baru Cina tahun ini dalam Dun Chempaka pagi semalam.

Sambungnya, Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak berhasrat untuk menghalang BN untuk membuat sebarang program sempena tahun baru berkenaan, bagaimanapun ianya tidak perlu membazir.

“Kalau tidak boleh elak, maksudnya perlu ada juga program hiburan sempena Tahun Baru Cina, boleh jemput artis anak muda kita, jimat belanja sikit,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung BN Pulau Pinang untuk menjemput tarian gangnam style untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.

(Tuan Guru Nik Aziz menziarahi penduduk Cina di kawasannya)

Sebanyak 30 buah masyarakat Cina terdapat dalam Dun Chempaka iaitu di Kampung Tebing Tinggi, Sabak dan Pulau Gajah.

Kerana terlalu gembira mereka mencium sampul ‘ang pow’ yang diberikan Tuan Guru kepada mereka.

Sempena kunjungan tahunan itu juga, Tuan Guru mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Dun tersebut dan seterusnya kepada semua masyarakat Cina di negeri itu.

Empat buah rumah daripadanya telah dikunjungi oleh Tuan Guru sempena tahun baru itu, di Kampung Tebing Tinggi dekat sini.

harakah/-

Tiada ulasan: