11 Mac 2013

PAS dan Pakatan Rakyat Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan Di Parlimen Sibuti

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

SIBUTI – Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat

Sabu di Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari
masyarakat berbagai kaum di Sarawak.

Pada sebelah pagi sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Hj Mat
Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kpg
Sepupuk, Niah. Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat
disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan.

Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar
jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari
berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan
moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di
kawasan Niah.

Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden
PAS ialah timbalan pesuruhjaya iii PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri,
Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, YB Baru Bian pengerusi Keadilan
Sarawak,  Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, YB Alan Ling DAP Miri
dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat turut serta memberi ucapan.

Antara ucapan Hj Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk
Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru
ini, Hj Mat Sabu meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian
tersebut dengan mengeluarkan kertas putih.

Hj Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani
menukarkan kerajaan  kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam
kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan.

Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam
kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan
yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti.

Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat
baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan
sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang
akan diadakan tidak lama lagi.

Kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan
Putrajaya, sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah
dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang
ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh
pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik.

Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam
PRU13 nanti. In Shaa Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
 

Tiada ulasan: