11 Mac 2013

Hari-hari dengar bedilan

Foto28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Lahad Datu: Kasih mendalam terhadap anak mendorong seorang lelaki nekad menyorong anak lelakinya yang lumpuh di atas kereta sorong sejauh lima kilometer dari rumah mereka di Kampung Tanjung Labian untuk mendapat perlindungan di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat, di sini, semalam.

Afat Zaid, 40, ditemui bersama 15 penduduk sekampung ketika dalam perjalanan ke dewan yang menjadi pusat pemindahan itu selepas seminggu mereka bersembunyi dalam rumah masing-masing.

Afat berkata, sepanjang tempoh seminggu lalu, nyawa dia dan semua penduduk kampung terbabit bagaikan telur di hujung tanduk kerana mereka terperangkap di tengah kawasan pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas Sulu.

“Hari ini (semalam) baru kami boleh keluar untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Walaupun susah kerana terpaksa membawa anak yang lumpuh menggunakan kereta sorong untuk ke pusat pemindahan, saya tiada pilihan lain.
PENDUDUK Tanjung Labian tiba di tempat selamat di Fajar Harapan.

“Kalau lebih lama tinggal dalam rumah kemungkinan kami mati kelaparan,” katanya sambil membetulkan kedudukan anaknya, Al Basir, 12, yang lumpuh seluruh badan dan hanya mampu berbaring di atas kereta sorong.

sinar/-

Tiada ulasan: