28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 11 Mac - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara-Selatan di KM249.3 akan ditutup sementara di kedua-dua arah bagi membolehkan kerja-kerja penyenggaraan.
Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) dalam satu kenyataan di sini hari ini, memaklumkan R&R Sungai Perak arah selatan akan ditutup pada 13 Mac manakala R&R Sungai Perak arah utara ditutup pada 14 Mac.
Penutupan adalah dari 8 pagi hingga 5 petang dan R&R terbabit akan kembali beroperasi selepas tempoh itu, menurut kenyataan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, sepanjang penutupan berkenaan hanya stesen minyak akan beroperasi manakala kemudahan awam lain termasuk gerai ditutup.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Plusline di talian 1-800-88-0000. -
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan