11 Mac 2013

Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang

28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



Diam tak diam PR Selangor sudah memerintah negeri yang kaya ini genap lima tahun, kuasa yang diberi oleh rakyat Selangor benar-benar digunakan untuk memajukan ekonomi rakyat Selangor. Segala manifesto yang dirangka sebelum PRU12 sudah 90% dilaksanakan dengan begitu cemerlang sekali, biar pun ada mulut-mulut busuk bau longkang yang mengatakan kerajaan PR telah gagal melaksanakan kesemua janji-janjinya. Hanya orang yang buta hati sahaja yang beranggapan demikian.

Sifat irihati dan dengki di kalangan pembangkang di Negeri Selangor cukup ketara sekali, cakap-cakap mereka tentang kegagalan kerajaan PR Selangor tidak benar sekali. Mereka becakap sekadar sedap mulut mereka. Biasalah pembangkang, akan kata apa sahaja program ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR). Semuanya dikata tak berjaya. Alahai…

Saya petik dari fb Menteri Besar sebahagian inti ucapan beliau di Program Lima Tahun Pemerintahan PR;

Ucapan:
“Hampir RM800 juta sudah dibelanjakan untuk rakyat Selangor mengikut konsep hasil negeri untuk rakyat.
RM40 juta telah diberikan khas untuk wanita melalui Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL).
RM5 juta diperuntukkan kepada wanita pekerja ladang juga untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

RM50 juta akan digunakan sebagai pemangkin pembinaan rumah mampu milik.
Pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja mengembalikan hasil kepda rakyat malah turut mengumpulkan rizab RM 2.6 billion.“

Nah, apa lagi yang tidak betul pada tanggapan pembangkang Umno BN. Berjuta-juta telah digunakan untuk melaksanakan program ekonomi untuk rakyat. Bukan mereka agih-agihkan hak rakyat untuk kroni-kroni mereka. Tidak seperti mereka sebelum ini. Segalanya difaraidkan untuk kroni dan anak beranak mereka. Harta rakyat seperti emak abah mereka yang punya.

Melihat pada rizab yang terkumpul RM2.6 billion itu saya yakin, para pemimpin pembangkang pasti kemelecer dan lahap untuk merampas balik Selangor ini. Siang malam, pagi petang asyik mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan Negeri Selangor (PR). Mereka tidak lena tidur melihat angka RM2.6 billion itu. Pasti dan pasti mereka gila meroyan mahu merampas Selangor semula, biar apa dengan cara sekali pun. Pengundi hantu pun pengundi hantulah yang penting menang, begitulah rakusnya cita-cita mereka.

Sebagai rakyat Selangor, yang tidak mahu melihat zaman gelap dulu, cukuplah untuk Umno BN untuk cuba memikat hati rakyat Selangor. Janganlah zaman gelap yang lalu berulang di bumi yang kaya dengan hasil mahsulnya ini. Marilah kita pertahankan negeri ini dari dirampas oleh tangan-tangan hitam yang rakus yang tidak pernah pun tahu susah payah rakyat selama ini.

Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: