28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM:
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri
sedia membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selewat-lewatnya akhir Mac
ini bagi mendapat mandat baru daripada rakyat.
Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia untuk tujuan itu dan satu keputusan telah dicapai bagi pembubaran DNS, lapor Selangorku.
“Sudah buat keputusan tetapi belum diumumkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, sekiranya tiada halangan kemungkinan pembubaran itu akan berlaku pada akhir bulan Mac.
Sebelum ini, Menteri Besar pernah menyatakan kerajaan negeri merancang untuk membubarkan DNS selepas sambutan Chap Goh Meh.
Akhir Februari lalu, Abdul Khalid turut mengesahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menyatakan tiada halangan untuk pembubaran DNS.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan