GEORGE TOWN – Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan
tidak bermaya setelah kapal yang dinaiki mengalami kebocoran di
kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head Teluk Bahang di sini kelmarin.
Kesemua mereka terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40
kanak-kanak serta bayi berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 50-an
dijumpai oleh nelayan pantai kira-kira pukul 2 petang.
Mereka dikatakan terputus bekalan makanan dan minuman sejak tiga hari
lalu berikutan stok yang dibawa dalam pelayaran selama 25 hari habis.
Difahamkan, kehadiran mereka ke negara ini adalah bagi mendapatkan pekerjaan dan perlindungan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim,
Tan Kok Kwee berkata, penemuan pelarian Rohingya dimaklumkan oleh kru
Bot Kilat selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal
yang diubah suai berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang melebihi muatan itu telah kehabisan minyak, makanan dan minuman.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan