16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan.
Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.
Solat janazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.
Husam dalam kenyataannya melahirkan sedih yang amat sangat dengan kejadian ini.
"Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus melaksanakan tugas mereka.
"Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera," kata Husam dalam kenyataannya.
Bagi Husam, apa yang berlaku ini menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti yang diharapkan.
"Saya ragu-ragu samada sistem CCC (communication control n command) dengan jaringan cctv benar-benar berfungsi atau tidak," katanya.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan