27 April 2013

Penyokong PR di Saudi optimis kuasai Putrajaya

16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menetap dan mencari rezeki di Al-Jubail, Arab Saudi mendoakan agar Allah mengurniakan kemenangan kepada Islam.

“Insya Allah, PAS bersama-sama dengan parti komponen Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Putrajaya bermula 6 Mei 2013 nanti, takbir, Allahu akbar,” tulis wakil mereka, Amiruddin Abdul Halim kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, selaku wakil para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menetap di Arab Saudi menyeru kepada semua rakyat Malaysia di mana sahaja berada agar menunaikan kewajiban masing-masing untuk keluar mengundi dan memilih pemimpin yang diyakini akan memperjuangkan Islam secara syumul.

“Laksanakan tanggungjawab anda dengan keluar mengundi pada 5 Mei 2013 ini dan bagi semua rakyat Malaysia yang berada di perantauan, ‘Jom Kita Balik Mengundi’," tulisnya lagi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: