21 April 2013

Kamilia: Sudah ditimpa tangga, dihentak bata pula

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SETELAH dimalukan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak sehari sebelum penamaan calon, bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang semalam bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar kini terpaksa menghadapi ‘pembunuhan karektor’ oleh bekas rakan seperjuangannya.

Kamilia tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini dan merasakan tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita Umno.

Sejurus selepas Kamilia menyatakan kekecewaan dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon, Najib terus mengeluarkan kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah Kamilia seorang yang gila kerusi parlimen dan jawatan.

Semalam, Kamilia bertindak menjadi calon Bebas di Kuala Kangsar setelah membuat pengumuman perletakan jawatan beliau selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, dan ahli Umno.

Tindakan tersebut yang dilihat ramai Wanita Umno sebagai langkah yang wajar dalam mempertahankan maruah dirinya daripada penghinaan Najib.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula enggan menerima hakikat perletakan jawatan Kamilia, sebaliknya mengumumkan Kamilia akan dipecat serta-merta Isnin ini.

Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.

Kamilia bukan memasuki pertandingan atas tiket Umno, mahupun ahli Umno. Kamilia mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan semua jawatan dalam Umno.

Maka, timbul persoalan apa yang perlu dipecat oleh Muhyiddin?

Kamilia juga terpaksa menghadapi penghinaan daripada Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry semalam melabelkan Kamilia sebagai seorang yang tidak berprinsip.

Begitulah cara pemimpin Umno yang tidak memahami hati seorang wanita yang terguris dalam cara parti memilih calonnya kali ini.

Sudah pasti, bukan Kamilia seorang sahaja yang berasa sedemikian di dalam Umno. Ramai lagi Wanita Umno yang berasa mereka disisihkan dan diketepikan apabila pemimpin Umno sendiri tidak berani mengusir ketua mereka Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes ‘lembu kondo’nya, akhirnya hampir kesemua mereka terpaksa dikorbankan.

Namun, tidak banyak orang yang berani seperti Kamilia yang berani memberitahu Shahrizat bahawa kes NFCnya telah membawa padah kepada Wanita Umno.

Hanya Kamilia sahaja yang berani bersuara mempertahankan Wanita Umno ketika mereka disisihkan tatkala ketua mereka Shahrizat diam membisu.

Siapa lagi yang boleh membela Wanita Umno dari dalam?

Apakah Datin Seri Rosmah Mansor? Rakyat sudah tentu masih ingat siapa pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga kini, kalau bukan suami Rosmah.

Kalau itu bukan satu penganiayaan kepada Wanita Umno, apakah itu?

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: