KUALA LUMPUR 26 APRIL: Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan, letupan
bom di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal, 23 April lalu dicipta untuk
mengganggu mood rakyat yang bersemangat memberi sokongan luar biasa
kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kewujudan bahan letupan pada musim pilihan raya bukan perkara baru.
“Kita patut imbau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang
menyaksikan kononnya bom dijumpai dalam bilik Gerakan BN. Ketika itu
terdapat cubaan untuk mengaitkan Pakatan dengan keganasan bagi tujuan
meraih simpati.
“Kita juga patut ingat bagaimana wujud letupan bom bagi merencatkan
pesta sambutan rakyat ketika pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim
tempohari, dan saya anggap inilah kemahiran ‘mereka’,” katanya pada
kenyataan.
Justeru, beliau menggesa polis segera menyiasat dan menghukum pihak yang terlibat serta menyeru rakyat supaya bertenang.
Dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan tercedera di kaki
kanan akibat terkena bahan letupan, dikejar ke Hospital Sungai Bakap
untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan