15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KEMPAS – UMNO Pulai hari ini dilihat semakin terhimpit akibat desakan dari pihak akar umbi yang marah dengan pucuk pimpinan tertinggi bahagian itu Datuk Nur Jazlan yang juga calon bagi Parlimen Pulai atas tindakan beliau sebelum ini.
Kredibiliti Nur Jazlan sebagai pemimpin tertinggi bahagian dilihat goyah apabila ungkitan yang selalu dilemparkan oleh individu yang kecewa dengan beliau sering sahaja menyebut bahawa beliau tidak mengenang budi.
Kemarahan
serta kekecewaan itu turut direalisasikan oleh bekas ketua cawangan
UMNO Taman Cempaka Ahmad bin Osman yang juga pengasas cawangan berkenaan
dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Taman
Cempaka tempoh hari.
“Nur Jazlan pernah kata pada saya yang
saya ini adalah pengkhianat bangsa, pengkhianat agama dan pengkhianat
negara sebab apa? Sebab saya selalu berlaga angin dengan peringkat
bahagian yang dipimpin oleh Nur Jazlan.
“Saya bukan berlaga
angin suka-suka, saya menegur untuk kebaikan dan Nur Jazlan sepatutnya
menerima perkara ini dengan hati yang terbuka bukan dengan suka hati
menuduh saya yang bukan-bukan. Nur Jazlan harus disingkirkan kerana
sifat bongkak yang ada dalam dirinya.”
Sebelum itu pada 19
April yang lalu sehari sebelum penamaan calon berlangsung, satu cawangan
UMNO telah ditutup atas tindakan ketua cawangannya Ibrahim bin Ismail
yang meluahkan rasa kecewa terhadap calon yang dipilih oleh peringkat
bahagian serta pusat.
Selepas ditanya berkenaan pembubaran
cawangan UMNO Permai tersebut, Ibrahim menegaskan terdapat banyak faktor
yang menjadi perkara ini terjadi pada hari ini.
Menyambung
kenyataan itu Ibrahim telah merasakan cawangan UMNO Permai seperti
dianak tirikan kerana sebelum ini berlakunya suatu keadaan di mana ketua
cawangan telah pun menegur tindak tanduk yang dilakukan oleh Nur
Jazlan terhadap pentadbirannya.
Menyambung pada itu, Ibrahim
sekali lagi meluahkan rasa ketidak puasan hatinya terhadap calon bagi
DUN N47 yang dipilih kerana calon tersebut dianggap tidak mesra kepada
rakyat khususnya di kawasan sekitar DUN Kempas.
“Siapa Tengku
yang bertanding ni? Kami tidak mengenali calon yang entah dari mana
datangnya, selagi ia datang dari peringkat bahagian maka ia adalah
percaturan Nur Jazlan dan kami menegaskan kami tak mahu orang Nur
Jazlan.
“Biar orangnya seperti wakil rakyat sebelum ini yakni
Osman Sapian yang selalu menjenguk kami dan masyarakat di sekeliling.
Tapi sayang orang yang bagus macam tu tak dipandang oleh Nur Jazlan jadi
mulai pada hari ini saya menyeru untuk menolak kepimpinan Nur Jazlan.”
Ibrahim.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan