11 September 2013

Itali, Belanda sahkan tempat ke Piala Dunia Brazil

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

MANCHESTER: Itali dan Belanda menjadi dua pasukan Eropah terawal melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014 namun Jerman terpaksa menunggu perlawanan seterusnya meskipun mencatat kemenangan pada aksi peringkat kumpulan, awal pagi tadi. 

Jaringan penalti Mario Balotelli pada minit ke-54 memastikan kemenangan 2-1 Itali terhadap Tepublik untuk muncul juara Kumpulan B.


Dua jaringan Robin van Persie pada separuh masa kedua sudah cukup untuk melengkapkan kemenangan bergaya Belanda terhadap Andorra dalam Kumpulan D, sekali gus layak ke Brazil tahun depan. 

Kedua-dua negara kini mempunyai baki dua perlawanan lagi namun skuad Azzurri qualifying layak untuk aksi Piala Dunia ke-14. 

Malah, lebih teruja lagi apabila penjaga jol Itali, Gianluigi Buffon mencatat rekod bermain untuk negara itu untuk kali ke-136. 

Jerman pula menewaskan Faeroe Islands 3-0 namun memerlukan satu lagi kemenangan untuk layak automatik ke Brazil dengan Sweden berada di belakangnnya dengan dipisahkan hanya lima mata. - AP

No comments: