11 September 2013

Pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-59


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-59 tahun ini.

Pengarah mukatamar yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia selaras dengan slogan PAS For All.

Borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang rasmi PAS (http://www.pas.org.my) dan menghantarkan softcopy logo dan borang kepada emel  muktamar59@pas.org.my sebelum atau pada 25 September.

Pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai RM2,000 untuk pemenang logo terbaik dan 5 hadiah saguhati yang lain. 


Hadiah berkenaan dijangka akan disampaikan kepada pemenang pada hari perasmian muktamar.

Muktamar pada kali ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam, Selangor. 

Seperti biasa, muktamar kali ini akan dimulakan dengan muktamar dewan-dewan satu atau dua hari lebih awal.

No comments: