11 September 2013

Kabinet Thai lulus kenaikan subsidi pekebun getah

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BANGKOK, 11 Sept. - Kabinet Thailand semalam memutuskan untuk menggandakan subsidi pekebun getah kepada 2,520 baht (RM257) setiap rai, yang dihadkan pada 25 rai (6.25 rai bersamaan dengan sehektar) bagi setiap pekebun, sebagai usaha mengelakkan protes berterusan.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Sunisa Lertpakawat berkata, Kabinet telah meluluskan cadangan oleh Jawatankuasa Dasar Getah Asli dan kerajaan akan menanggung subsidi kira-kira 21.2 bilion baht (RM2.1 bilion).

“Subsidi berkenaan dikuatkuasakan untuk tempoh menoreh getah selama tujuh bulan iaitu dari 1 September lalu hingga 31 Mac 2014 dan akan memberi manfaat kepada 992,000 pekebun getah berdaftar," katanya. - BERNAMA




No comments: