5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
PASIR MAS - Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila kedainya dirompak seorang lelaki yang menyamar ingin membeli cincin pertunangan di Bandar Pasir Mas di sini, hari ini.
Rahimah Abdullah, 70, berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, dia bersama suami, seorang anak perempuan dan dua orang pekerja menerima seorang pelanggan yang ingin membeli cincin pertunangan.
"Suspek meminta anak saya untuk mengeluarkan cincin yang dikehendaki namun suspek tidak berpuas hati dan meminta anak saya mengeluarkan cincin yang lebih besar.
"Ketika anak saya mengeluarkan cincin yang diminta, suspek bertindak agresif dengan menepis tangan anak saya lalu mengambil beberapa utas gelang emas sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedang menunggu di hadapan kedai kami," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Rahimah berkata kejadian itu adalah yang kedua selepas kejadian pertama pada tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang diklasifikasikan sebagai kecurian dalam bangunan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan