08 Oktober 2013

Pemilihan Umno: 334 calon hilang kelayakan

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Seramai 1,703 daripada kira-kira 146,000 perwakilan di seluruh negara diisytihar muflis dan mereka tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat dan terlibat dalam pemilihan di peringkat bahagian.


Dalam sidang medianya petang ini, Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ia selaras perkara 8.4 peraturan persidangan berhubung hak menghadiri persidangan.



"Bagi mereka yang didapati muflis di bawah peraturan yang diluluskan bawah Pendaftar Pertubuhan, mereka tidak boleh dipilih, memilih atau mengundi selain daripada selain daripada peringkat cawangan," katanya.



Sehubungan itu, Ab Rauf berkata ibu pejabat parti akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian.



"Sekiranya mereka didapati muflis, nama (mereka) akan diberi tanda untuk dirujuk kepada jawatankuasa pemilihan dan salinan surat daripada Jabatan Insolvensi akan disertakan sekali bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan tidak boleh menghadiri mesyuarat.



"Jadi surat daripada Jabatan Insolvensi akan diberikan kepada jawatankuasa pemilihan yang hadir di peringkat bahagian-bahagian," katanya.



Menurutnya, semua perwakilan yang bankrap akan dimaklumkan sebelum pemilihan berlangsung melalui bahagian Umno masing-masing.



Tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi tiga sayap parti peringkat bahagian diadakan serentak pada 12 Oktober ini (Sabtu), manakala tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan di peringkat bahagian diadakan serentak pada 19 Oktober 2013.



Dalam sidang media yang sama juga, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan seramai 33,012 calon yang layak bertanding bagi semua jawatan di peringkat bahagian termasuk sayap-sayap parti.



Menurutnya lagi, seramai 334 calon diisytihar muflis, 495 calon telah menarik diri dan 39 dikaitkan dengan masalah disiplin.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: