12 November 2013

Dua gempa sederhana landa New Delhi

8 Muharram 1435H. [MOD] -

NEW DELHI: Dua gempa bumi sederhana melanda ibu negara India awal hari ini, menyebabkan struktur bangunan bergegar, namun tiada kerosakan dilaporkan. 

Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, gegaran pertama berukuran 3.1 pada skala Ritcher berlaku jam 12.41 tengah malam tadi pada kedalaman 10 kilometer. 

Sejam kemudian, gempa kedua berlaku dengan bacaan lebih besar iaitu 3.3 magnitud. 

Saksi berkata, dua gempa itu menyebabkan bunyi gegaran di sekitar ibu negara dan orang ramai kelihatan lari bertempiaran. - AFP

Tiada ulasan: