12 November 2013

Pemuda PAS Perak serah memo kepada The Star

8 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily/- 
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak telah menyerahkan memorandum kepada pihak akhbar The Star bagi membantah penyiaran satu artikel yang mendakwa Almarhum Ustaz Ibrahim Libya pengamal ajaran sesat dan pengganas.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss di Pejabat The Star Perak, di sini hari ini.

Raja Iskandar ketika ditemui berkata, artikel di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia tersebut sangat keterlaluan dan tidak bertanggunjawab.

Jelasnya, ianya sudah pasti mengguriskan hati Almarhum dan seluruh ahli PAS serta masyarakat di negara ini yang sangat mengenali akan keperibadian mangsa pembunuhan tragedi Memali itu.

"Tuduhan yang mengatakan Almarhum (Ustaz Ibrahim Libya) sebagai pengamal ajaran sesal dan pengganas adalah sangat melampau dan Pemuda PAS mengambil serius perkara ini.

"Isu sensitif seperti ini seharusnya diulas dengan lebih berhati-hati dengan mengambil maklumat daripada pihak yang benar," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, PAS memberi peluang dalam tempoh masa tiga hari untuk akhbar arus perdana itu memohon maaf secara rasmi berhubung penerbitan berbaur fitnah itu.

"Kami memberi masa tiga hari kepada The Star untuk memohon maaf. Jika tidak berbuat demikian (memohon maaf), kami akan membuat tindakan selanjutnya," jelasnya lagi

Hadir sama dalan serahan momerandum tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Shamsul Effendey dan Peguam PAS yang juga AJK PAS Perak, Zamri Ibrahim.

Tiada ulasan: