12 November 2013

Polis edar lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP

Polis edar lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP8 Muharram 1435H. [MOD] -

KUANTAN: Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek (Gambar) kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. 
"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi

No comments: