12 November 2013

Taufan Haiyan: 10,000 maut dalam satu bandar di Filipina - PBB

8 Muharram 1435H. [MOD] -


Foto
ORANG ramai keluar mencari keperluan bersebelahan kediaman yang rosak teruk di bandar Tacloban, Filipina, akibat Taufan Haiyan. Sekurang-kurangnya 23,000 rumah rosak dan musnah dalam kejadian itu. - Foto AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran agar pengiraan angka kematian akibat Taufan Haiyang yang melanda Filipina segera dilakukan selepas kira-kira 10,000 orang dikhuatiri maut hanya di Bandar Tacloban saja.

Pegawai kemanusiaan tertinggi PBB berkata, PBB menjangkakan jumlah kematian itu lebih tinggi lagi apabila pengiraan tepat dilakukan selain perlunya bekalan air minuman bersih dan makanan untuk disampaikan segera kepada mangsa yang terselamat. 

Pengarah Operasi Kemanusiaan PBB, John Ging, berkata lebih 660,000 meninggalkan kediaman kerana Taufan Haiyan dan PBB akan menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang diperlukan kepada mangsa mulai hari ini. 

“Keadaan kemusnahan adalah teruk sekali dan justeru itu kita perlu menggerakan jentera bantuan dalam skala yang besar," katanya yang menyifatkan reaksi kerajaan Filipina terhadap bencana itu amat mengagumkan setakat ini. - AFP

Tiada ulasan: