03 Disember 2013

Amaran hujan lebat di Pahang dan Johor

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka berterusan hari ini.

               
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi menyebut hujan lebat dijangka dialami di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di Pahang serta Mersing, Kluang, Segamat dan Batu Pahat di Johor.

 "Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah," menurut kenyataan itu.
   
Sementara itu, amaran peringkat kuning di Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Ledang, Kota Tinggi dan Muar) turut dijangka berterusan hari ini.
               
Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah, katanya. 

- Bernama

Tiada ulasan: