03 December 2013

Sejuta Rakyat Syria Kekurangan Makanan - Palang Merah

29 Muharram 1435H. [MOD] -
GENEVA: Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Syria mengalami kekurangan makanan dengan konflik dalam negara dan masalah di pintu masuk menghalang kemasukan bahan bantuan luar, kata agensi Palang Merah pada Selasa.

"Satu anggaran yang konservatif menunjukkan sejuta rakyat tanpa makanan," kata Ketua Pengurusan Krisis di Palang Merah Antarabangsa (IFRC), Simon Eccleshall.

Anggota tempatan IFRC, Palang Merah Arab Syia (SARC) adalah badan utama yang memainkan peranan dalam operasi bantuan ke Syria dengan dua pertiga daripada 21 juta penduduk yang terbabit dalam peperang di Syria memerlukan makanan.
Namun anggota bantuan terpaksa bertarung nyawa dengan 32 daripada 3,000 sukarelawan SARC terbunuh.
"SARC hanya boleh memasuki kira-kira 85 peratus wilayah Syria," katanya.
Katanya, pihaknya hanya mampu menyalurkan bantuan makanan kepada separuh daripada enam juta rakyat Syria yang meninggalkan rumah kerana perang yang menjadi pelarian dalam negara. 

AFP

No comments: