KUALA LUMPUR: Paras air Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan hampir mencapai paras amaran.
Ini kerana sebelum ini, paras air pada tahap amaran menyebabkan 10 kampung dekat Gual Periok mengalami banjir.
Namun katanya, ia tidak membabitkan kawasan bandar dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
“Memandangkan keadaan masih terkawal, tiada penduduk dikerah untuk berpindah ke pusat pemindahan.
“Namun, anggota bomba dan penyelamat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, kerana air kebiasaannya akan naik menjelang lewat malam,” katanya dipetik akhbar komuniti bahasa Melayu itu.
Beliau berkata, faktor cuaca turut mendorong kepada peningkatan paras air di Sungai Golok.
Menurutnya, keadaan mungkin bertambah serius sekiranya air di kawasan hulu mengalir dan membanjiri kawasan di sini.
“Penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Golok, diminta berhati-hati dan berpindah sekiranya keadaan semakin genting," katanya dipetik berkata.
Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan