03 December 2013

Bangunan Lima Tingkat Runtuh di Sao Paolo

29 Muharram 1435H. [MOD] -
SAO PAULO: Sebuah bangunan lima tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di pinggir Sao Paulo malam Isnin namun setakat ini tiada laporan mengenai mereka yang cedera atau maut.


Lebih 70 anggota bomba bersama anjing pengesan dikejarkan ke tempat kejadian di Bandar Guarulhos untuk mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.

Laporan awal menyebut 13 pekerja binaan sedang bekerja di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian namun nasib mereka belum diketahui.
"Bangunan berkenaan masih dalam pembinaan dan ia bakal menjadi bangunan komersial," kata Koordinator Jabatan Pertahanan Awam, Victor Novaes.
Ogos lalu, 10 orang terbunuh apabila sebuah bangunan yang juga sedang dalam pembinaan runtuh di tengah Bandaraya Sao Paulo.

 - AFP

No comments: