12 Oktober 2021

Badak sumbu tertua mati pada usia 54 tahun

 

GAMBAR yang disiarkan oleh zoo Parco Natura Viva hari ini menunjukkan badak sumbu putih bernama Toby. - AFP

ROM, Itali – Toby yang merupakan badak sumbu putih tertua di dunia, mati pada usia 54 tahun di sebuah zoo di utara Itali, kata seorang jurucakap fasiliti tersebut hari ini.

“Nonno Toby  (Datuk  Toby) mati pada 6 Oktober lalu,” kata pegawai zoo berkenaan di Verona, Elisa Livia Pennacchioni kepada agensi berita AFP.

“Badak sumbu putih jantan itu rebah ke lantai ketika bergerak menuju ke tempat perlindungan waktu malamnya dan selepas setengah jam kemudian, jantung Toby berhenti berdegup,” tambahnya.

Toby akan diawet dan dipamerkan di Muzium Sains MuSe di Trento. Muzium itu turut mempamerkan  seekor  singa putih bernama Blanco yang mati di zoo berkenaan lima tahun lalu.

Badak sumbu putih biasanya hidup sehingga usia 40 tahun di dalam kurungan dan 30 tahun di habitat liar. – AFP 

Tiada ulasan: