BEIJING: Hampir 1.76 juta penduduk di wilayah Shanxi di utara China terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda.
Hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu menyebabkan kejadian tanah runtuh dan sebahagian rumah di kawasan itu rosak teruk.
Pihak Berkuasa China memberitahu, hujan lebat masih turun ketika ini secara tidak langsung, menyukarkan lagi operasi pencarian dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Bencana itu berlaku kurang tiga bulan selepas wilayah Henan dilanda banjir besar sehingga menyebabkan hampir 300 orang maut dalam kejadian itu.
Pentadbiran Meteorologi China memaklumkan media tempatan, hujan lebat dengan angin kuat dijangka berterusan sehingga beberapa hari akan datang.
Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan hampir 120,000 penduduk sudah dipindahkan dengan kadar segera dan 17,000 kediaman sudah musnah di Shanxi.
Kejadian banjir itu juga turut mengorbankan empat anggota polis.
Pihak Berkuasa China mengklasifikasikan banjir di wilayah Shanxi ini lebih teruk berbanding di Henan. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan