17 Jun 2011

Kemuliaan

15 Rejab 1432H. [MOD] -
Jarjani Usman

“Kunci kemuliaan ialah taat kepada Allah dan RasulNya” (Ibnul Qayyim).

Kemuliaan, kehormatan, dan sejenisnya adalah derajat yang banyak dicari manusia di dunia ini. Kebanyakan cenderung beranggapan bahwa kemuliaan akan diraih dengan wang atau harta benda, sehingga itulah yang dikejar dan dikumpulkan siang dan malam. Sebahagian yang lain beranggapan bahwa kemuliaan boleh diraih dengan kedudukan, maka meraih gelar setinggi-tingginya adalah targetnya. Namun, menurut Imam Ibnul Qayyim, meraih sesuatu perlu mengetahui kuncinya, seperti kemuliaan yang berkuncikan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

Ibnul Qayyim telah menunjukkan sebuah kunci hidup mulia yang hakiki, yang bila digunakan akan membuka gerbang untuk kemuliaan di dunia dan akhirat. Apalagi derajat kemuliaan yang diperoleh dengan harta, biasanya hanya bertahan sebentar saja. Orang yang memilikinya hanya dianggap mulia ketika memiliki harta saja, namun segera menjadi orang tidak berharga ketika hartanya telah tiada. Demikian juga dengan kedudukan, hanya dimuliakan dalam waktu sementara, khususnya ketika kedudukan masih dipegang.

Bahkan, harta dan kedudukan boleh membuat orang yang memilikinya menjadi tinggi hati, lupa diri, tertekan jiwanya, dan sesat, bila tidak disertai dengan ketaatannya kepada Allah dan RasulNya, Hal ini terjadi karena banyak orang menganggap harta dan kedudukan adalah miliknya, bukan pinjaman sementara. Akibatnya, akan tertekan jiwa dan putus asa ketika kehilangan harta dan kedudukan.

Laman web CIA digodam

15 Rejab 1432H. [MOD] -

VIRGINIA - Kumpulan penggodam Lulz Security mendakwa berjaya menggodam laman sesawang Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kelmarin dalam serangan terbaru ke atas laman kerajaan AS.

Pendedahan itu dibuat menerusi akaun laman sosial Twitter milik kumpulan itu.

Laman sesawang rasmi CIA dilaporkan tidak berfungsi selama dua jam selepas diserang Lulz yang mendakwa mempunyai anggota di seluruh dunia.

Jurucakap CIA, Preston Golson mengakui laman sesawang agensi itu berhadapan masalah dan perkara tersebut sedang disiasat.

Kumpulan itu sejak beberapa minggu lalu mendakwa menyerang laman sesawang Sony, Nintendo, Senat AS, Sistem Penyiaran Awam AS dan juga syarikat Infragard yang berkhidmat dengan agensi kerajaan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Lulz Security bukan satu-satunya kumpulan penggodam menyerang laman sesawang syarikat dan pertubuhan kerajaan tetapi menjadi popular kerana menerbitkan maklumat yang dicuri secara terbuka.

Perkasa ada niat jahat

15 Rejab 1432H. [MOD] -

PASIR MAS – Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) tampil membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, apabila Perkasa dikatakan mencetuskan provokasi, semalam.

Ketua Pemuda Pas Pasir Mas, Rozi Muhamad berkata, ia adalah berhubung kenyataan Ibrahim dalam sidang akhbar baru-baru ini, dikatakan berbaur hasutan kepada semua rakyat.

“Beliau (Ibrahim) mengarahkan agar ahli-ahlinya keluar berhimpun bagi membantah himpunan Bersih 2, yang dianjurkan Kumpulan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih), 9 Julai depan di Kuala Lumpur.

“Beliau juga dengan lantangnya sanggup bertempur dengan kumpulan Bersih dalam himpunan itu kelak,” katanya.

Rozi berkata, kenyataan seumpama ini adalah bertujuan jahat dan ingin mencetuskan keadaan huru-hara pada himpunan itu kelak.

Menurutnya, sedangkan niat sebenar perhimpunan itu adalah himpunan rakyat secara aman bagi menuntut agar Pilihan Raya Umum ke-13 berjalan secara adil dan bersih.

“Apabila Presiden Perkasa membuat kenyataan berupa provokasi dan hasutan, jelaslah bahawa mereka ingin menghuru-harakan himpunan aman ini dan beliau adalah berniat jahat,” katanya.

sinarharian/-

Jangan bersifat hasad.

15 Rejab 1432H. [MOD] -
Jarjani Osman.

“Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang, iaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri ilmu, ia tunaikan dan mengajarkannya” (HR. Bukhari & Muslim).

Ujian bagi manusia kadangkala berkenaan dengan apa yang dimiliki orang lain. Pada orang lain boleh jadi dianugerahkan suatu kelebihan, sehingga berpeluang menimbulkan iri hati agar apa yang dimiliki orang lain hilang dan berpindah kepadanya. Bila perasaan begitu menggelegak dan tidak mampu dikawal, maka akan melahirkan berbagai perbuatan buruk lainnya.

Sebenarnya, tidak ada untungnya sama sekali memelihara iri hati. Bahkan, iri hati memunculkan derita di dalam hati dan menyesakkan dada orang yang iri. Untuk menghidari hal-hal seperti itu, sangat dianjurkan untuk mengelola hati ketika diuji dengan apa yang dimiliki orang lain. Caranya, menurut Rasulullah, “Jika salah seorang di antara mu melihat orang lain diberi kelebihan harta dan fisikal, maka lihatlah kepada orang yang berada di bawahnya” (HR. Bukhari & Muslim). Juga dianjurkan, “Pandanglah orang yang berada di bawah mu (dalam hal harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu” (HR. Muslim).

Namun demikian, sangat dianjurkan memanfaatkan perasaan iri yang ada untuk kebaikan. Di antaranya, iri kepada orang-orang yang banyak berbuat kebaikan dengan harta dan ilmunya. Bila perasaan iri semacam ini dipelihara, maka kemajuan diri akan diperlehi. Apalagi, iri yang seperti ini seringkali menjadi pemicu semangat bagi diri sendiri untuk berbuat kebaikan sekaligus kemajuan.

Video seks masih tiada tindakan

15 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak berkuasa kerana gagal mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan video seks yang didakwa menyerupai dirinya.

Anwar berkata, pihaknya kini menanti siasatan polis untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab mendedahkan video seks itu.

“Negara dilihat membenarkan video seks diedarkan ke seluruh negara dan polis pula tidak tahu nak buat apa.

“Apa yang saya tahu, polis masih bagi perlindungan (kepada individu bertanggungjawab mendedahkan video seks itu),” katanya semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa pendedahan itu melibatkan kepentingan pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya.

“(Datuk Shazryl) Eskay, Datuk Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik hanya perkakas dibawah (yang dipergunakan) oleh mereka yang berada di atas

“Kalau pembangkang yang sebarkan video, sudah tentu polis akan mengambil tindakan serta merta, tetapi disebabkan mereka ada hubungan dengan UMNO, mereka bebas daripada sebarang tuduhan,” katanya.

sinarharian/-

Kalau SPR Terima Cadangan, Kemungkinan Himpunan Bersih Tidak Akan Diadakan

15 Rejab 1432H. [MOD] -

Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah
untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku
adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan
datang.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan
Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas
tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku
kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan
mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang
bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi
memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian
terus dalam setiap pilihan raya.

Kita mendesak agar SPR dapat menjalankan amanah yang diberi kepada
mereka dengan adil dan bebas dari sebarang pengaruh politik. Sekiranya
SPR dapat melaksanakan tugas seperti yang tersebut diatas dengan baik
tidak timbul orang ramai meragui sebarang tindakan SPR selama ini.
Sekiranya SPR dan kerajaan tidak mahu himpunan bersih diadakan SPR dan
mereka yang berwajib seharusnya bersedia untuk bertemu,berunding dan
menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang professional.

Pihak SPR sepatutnya bersedia untuk berubah demi kebaikan untuk semua.
Sebarang pemintaan dari rakyat seharusnya diambil perhatian yang
serious dari pihak SPR agar perkara yang tidak sepatutnya berlaku
dapat dielakkan. Jadi kita mohon agar mereka yang telah diberi amanah
menjaga SPR seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara yang
tesebut tadi. Jangan pandang ringan masalah rakyat yang mahu keadilan
dan kebebasan untuk bersuara.

Mungkin hari ini kamu diberi kuasa untuk menjaga amanah rakyat dan
suatu hari nanti bila kamu sudah tidak berkuasa kamu yang akan
menanggung akibat dari perbuatan kamu yang tidak jujur dan tidak
amanah. Bagi mereka yang beragama sudah pasti mereka tahu akibat
perbuatan mereka didunia akan di soal di akhirat nanti.

Kepada pengurusi SPR kita minta kamu supaya berlaku adil dan amanah
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kamu, mari kita
perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu agar kamu akan
dihormati oleh rakyat dan janganlah kamu tunduk kepada arahan yang
bercanggah dengan tugas kamu. Kalau kamu sukar untuk melaksanakan
tugas kamu dengan adil dan bebas lebih baik kamu letak jawatan secara
terhormat, Insya-Allah rakyat akan memandang mulia dan menghormati
keputusan kamu.

Sekali lagi kita minta SPR agar menunaikan hasrat dan pemintaan orang
ramai agar dapat mengubah apa yang patut demi kebaikan semua. Marilah
kita menuju ke arah Negara berkebajikan dan adil untuk semua.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Gaddafi setuju pilihan raya dipantau

15 Rejab 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersetuju mengadakan pilihan raya di bawah pemantauan badan antarabangsa.

Gaddafi turut mengenakan syarat supaya tiada unsur penipuan sepanjang proses membuang undi berlangsung, menurut kenyataan anak sulung beliau kepada akhbar Itali, semalam.

Saif Al-Islam (gambar) berkata, bapanya bersetuju mengadakan pilihan raya tiga bulan lagi atau pada akhir tahun ini dengan jaminan ketelusan oleh pemerhati antarabangsa.

Tripoli menjemput Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang sedang menyerang Libya untuk menjadi pemerhati.

“Bapa saya sedia berundur jika kalah dalam pilihan raya itu tetapi beliau tidak akan meninggalkan negara ini,” katanya.

sinarharian/-

Muka baru bakal kuasai PAS Melaka

15 Rejab 1432H. [MOD] -

PAS Melaka akan membentuk kabinet atau jawatankuasanya yang baru Sabtu ini bagi membolehkannya bergerak lebih aktif mendepani cabaran.

Pesuruhjaya PAS Melaka yang baru, Adly Zahari dijangka akan melantik beberapa muka baru untuk menjadi timbalan pesuruhjaya 1, 2 dan 3.

Nama-nama yang akan dipertimbangkan termasuk Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin Kamaruddin Sidek, Yang Dipertua PAS Tangga Batu Mohd Nor Omar dan Timbalan Yang Dipertua PAS Masjid Tanah Imran Abdul Rahman.

Untuk jawatan setiausaha perhubungan pula, Adly dijangka mengekalkan penyandang jawatan penggal lalu Harun Mohamed yang juga merupakan yang dipertua PAS Kota Melaka.

Sementara jawatan ketua penerangan pula dijangka diamanahkan kepada muka baru kerana penyandangnya sekarang Sofi Wahab lebih berminat untuk menjadi ahli jawatankuasa biasa sahaja.

Beliau telah dua penggal memegang jawatan tersebut.

Beberapa pimpinan peringkat kawasan seperti Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin Azrin Abdul Majid, Ketua Penerangan Tangga Batu Nordin Md Dahan dan Ketua Penerangan Bukit Katil Yusof Wahab boleh dilantik untuk menggalas jawatan tersebut.

Keyakinan tinggi

Azrin dan Yusof merupakan bekas ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka.

Husni Balis pula dijangka dikekalkan sebagai bendahari negeri untuk penggal yang keempat. Beliau dilihat masih mampu menguruskan kewangan PAS negeri dalam bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Namun begitu Adly masih mempunyai pilihan lain, antaranya Timbalan Yang Dipertua Tangga Batu Rafie Ahmad dan Ab Rahhim Idris boleh diketengahkan sebagai bendahari.

Adly juga dijangka melantik pengarah pilihan raya yang baru bagi menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Antara yang dikatakan layak memegang jawatan tersebut ialah pemimpin veteran PAS negeri Hassan Md Dahan, setiausaha jentera pilihan raya negeri sekarang Bahiki Ismail dan Pengarah Majis Tindakan Dun Ayer Molek Mustafa Ali.

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan akan dilantik bagi melengkapkan kabinet PAS Melaka, selaras dengan perlembagaan yang memperuntukan kuasa kepada pesuruhjaya untuk melantik ahli jawatankuasa tambahan.

Beberapa nama mungkin dipertimbangkan antaranya Yusof Rahmat, Hassan Md Dahan, Dr Khatijah Jumangat, Aminuddin Abdul Jalil dan Dr Hamzah Awang.

Beberapa pimpinan PAS pelbagai peringkat yang ditemui melahirkan keyakinan yang tinggi kepada kabinet yang akan dibentuk.

Gabungan ulama, profesional, aktivis

Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Melaka Mahani Othman berkata barisan jawatankuasa yang dilantik itu mestilah terdiri daripada mereka yang berkebolehan, berwibawa dan boleh diharapkan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan baik.

"Kabinet baru yang akan dibentuk itu sudah pasti akan menggabungkan golongan ulama, profesional dan aktivis dalam PAS.

"Ini sejajar dengan langkah yang diambil oleh PAS Pusat yang memilih dan melantik kabinetnya dengan gabungan ketiga-tiga golongan itu dalam parti," katanya ketika ditemui semalam.

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil Ramii Dalip menaruh keyakinan tinggi terhadap Adly yang menurutnya mampu membawa perubahan kepada PAS Melaka.

"Beliau sudah pasti akan melantik saf kepimpinan yang dirasakan mampu untuk memacu perjuangan PAS di negeri Melaka ini lebih-lebih lagi Melaka merupakan satu-satunya negeri yang tiada kerusi PAS di DUN.

"Dalam ucapannya pada ceramah di Kota Melaka tiga hari lalu, pesuruhjaya melahirkan keyakinan tinggi bahawa rakyat negeri Melaka akan berubah dengan syarat semua jentera bekerja kuat bag mengubah minda rakyat," ujar Ramli ketika ditemui.

Adly dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Melaka oleh jawatankuasa pusat PAS awal minggu ini bagi menggantikan Abdul Ghani Abdul Rahman. Beliau sebelum ini merupakan timbalan pesuruhjaya dan setiausaha perhubungan PAS Melaka.

Sofi Wahab merupakan ketua penerangan PAS Melaka. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

malaysiakini/-

Siapa peduli RON 97 turun 10 sen

15 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tidak melihat tindakan kerajaan menurunkan harga petrol RON 97 mulai tengah malam tadi sebagai satu langkah yang terdesak tetapi tidak mampu menurunkan harga barang di pasaran yang kian naik hari ini.
Ketua penerangannya, Herman Samsudeen berkata penurunan itu juga tidak akan menghentikan mogok yang dilakukan oleh nelayan dan pemandu teksi hari ini. Menurutnya, majoriti rakyat dan kumpulan industri menuntut kerajaan agar tidak memansuhkan subsidi bagi diesel, RON 95 dan gas asli kerana itulah bahan api yang banyak digunakan.
Katanya, malang sekali yang turun hanya RON 97, itu pun hanya turun sebanyak 10 sen berbanding kenaikannya pada 5 Mei lepas sebanyak 20 sen.
“Kini harga RON 97 bernilai RM2.80, tapi siapa peduli kerana rakyat tahu kerajaan akan menaikkannya semula selepas ini dengan harga yang tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Malah, katanya peniaga yang telah menaikkan harga barangan mereka sebelum ini tetap tidak akan turunkan harga.
Baginya, alasan penurunan itu yang kononnya dibuat atas sensitiviti kerajaan terhadap harga minyak dunia yang turun juga begitu naif.
In, ujarnya kerana jika benar itu alasan yang mereka mahu gunakan, maka harga minyak petrol RON 95, diesel dan gas asli juga hendaklah diturunkan juga, barulah ia mengikut trend semasa.
Beliau menambah, walau apa pun alasannya, jelas penurunan itu bermotifkan politik dan mahu meraih sokongan rakyat yang kini begitu marah sehingga melakukan mogok atau demonstrasi di sana sini.
Katanya lag, Barisan Nasional kini mulai sedar bahawa mereka memerlukan sokongan penuh rakyat sebagai persiapan pilihan raya.
Justeru, katanya mereka mahu kemarahan rakyat harus diredakan segera, mogok, demonstrasi dan komen-komen pasal kenaikan harga harus segera dihentikan.
“Buatlah apa sahaja, selagi pemimpin BN tidak menghentikan pembaziran dan salah guna kuasa, mementingkan kroni IPP mereka, masih mahu melindungi kepentingan mereka dan meneruskan hasrat mengurangkan subsidi untuk rakyat dan melaksanakan GST, maka rakyat pasti akan membuat perhitungan untuk mereka dalam PRU 13 nanti.
“Tumbangkan BN, rakyat akan lebih sejahtera,” ujarnya.
Harakahdaily

Bomoh Siam ragut nyawa pemuda

15 Rejab 1432H. [MOD] -

INILAH rumah yang didiami Kah Yah di Kampung Pulau Rusa, Merchang, Kuala Terengganu, tempat Faizal dirawat sehingga menemui ajal malam kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, Faizal Harun, 26, yang didakwa menghidap penyakit ganjil empat tahun lalu dibawa ke rumah bomoh dipanggil Kak Yah dari Thailand oleh ahli keluarganya untuk dirawat secara tradisional.

Semasa berada di rumah itu, mangsa disuruh melalui beberapa ritual perubatan selama empat jam. Antara ritual itu adalah upacara membaca mentera, bercakap-cakap dengan mangsa dan memberikan mangsa minum air kosong dalam jumlah yang banyak.

Sepanjang berubat mangsa diarahkan baring. Mangsa turut disuruh menggigit sebilah pisau. Dalam ritual itu mangsa pengsan dua kali kerana lemas minum air terlalu banyak.

Kemuncak ritual itu, mangsa dikatakan terpaksa dipegang beberapa ahli keluarganya sebelum mulutnya disumbat oleh bomoh itu dengan hos getah yang mengalirkan air.

kosmo/-

Khairy jilat ludah ‘beruk-beruk di jalanan’

15 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat melihat keputusan Pergerakan Pemuda Umno yang juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan (silent support) kepada agenda utama Bersih yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.
Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, ni sekaligus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis yang kononnya mendakwa perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada  warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.
“Dengan begitu banyaknya laporan polis yang dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah menggelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’.
“Kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi. Mungkin dia sudah sedar siapa dirinya,” katanya.
Belau menambah, alasan Khairy itu juga membuktikan bahawa adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki dan begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.
Tambahnya, tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat.
Tetapi dengan pengumuman itu, kata Riduan rakyat sudah mendapat signalnya bahawa Pemuda Umno sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.
Beliau berkata, phaknya akan mengerahkan semua ahli Pemuda PAS di dalam dan luar negara bagi menyertai himpunan itu sebagai tanda solidariti bersama rakyat.
Justeru, beliau mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang  kerana hanya rakyat sahajalah yang mampu membuat perubahan.

Bantahan besar jika Utusan enggan mohon maaf

15 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung siaran karikatur yang menghina Islam.

Tempoh seminggu ini bermula daripada tarikh karikatur 'kekeliruan kes rogol' tersebut disiarkan iaitu pada Rabu lalu.

Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak Utusan Malaysia di ibu pejabatnya, Jalan Chow Sow Lin, dekat sini pagi ini.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya perkara tersebut gagal dilakukan, DPPP tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan secara besar-besaran bagi memastikan desakan itu berjaya.

"Desakan kita ini sebagai satu mesej bahawa tindakan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan pelukis kartun tersebut adalah satu kesilapan besar yang melibatkan hukum hakam Islam," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan memorandum pagi tadi (gambar).

Ianya diterima wakil ketua pengarang, Sufian Abu Bakar yang merupakan ketua meja jenayah.

Pelukis kartun yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.

Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.

Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.

"Perbandingan dua gambar ini menafsirkan mesej yang salah dan bertujuan dangkal.

"Mesej yang cuba digambarkan khususnya melalui gambar pertama adalah tidak tepat sekaligus telah mengelirukan kefahaman rakyat berhubung prosedur perbicaraan kes rogol atau zina dalam perundangan Islam," katanya.

Tambahnya, karikatur itu secara tidak langsung menggambarkan wujudnya kelemahan dalam tatacara pengendalian pebicaraan kes rogol atau zina seperti mana yang digariskan dalam Islan iaitu perlu kepada empat orang saksi.

"Malah ia telah mempersenda hukum Islam secara halus dengan mewajahkan prosedur itu sebagai tidak relevan dengan situasi semasa hari ini," katanya yang diiringi setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan exco, Sani Hamzan serta kira-kira sepuluh pemuda yang lain.

Justeru, katanya ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Sementara itu, menurut Nasrudin memorandum tersebut diterima baik oleh pihak Utusan Malaysia dan Sufian berjanji akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.

"Saya telah menjelaskan kenapa memorandum ini dihantar dan beliau (Sufian) berhasrat membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut," katanya.

Mereka tiba di pejabat Utusan Malaysia kira-kira jam 9.35 pagi dan masuk menyerahkan memorandum sebelum keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Lebih kurang 30 anggota polis dilihat mengawal keselamatan di hadapan bangunan pejabat sebelum ketibaan mereka lagi.

Hazayani Zakaria
harakahdaily/-

Penggodam laman web diburu

15 Rejab 1432H. [MOD] -

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak berhubung langkah sekumpulan penggodam dipercayai didalangi warga tempatan pecah masuk beberapa laman web kerajaan.

Ia dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan dipandang serius.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan beberapa agensi lain bagi membendung kegiatan terbabit.

Menurutnya, perbuatan itu (menggodam web) wajar diberi penekanan serius dan setuju dengan hasrat disuarakan Menteri di Kementerian Kesenian, Warisan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Dalam usaha itu, kami akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis,” katanya di majlis pemakaian pangkat kepada 45 pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia di Kompleks Penjara Kluang di sini, semalam.

Beliau berkata, Unit Cawangan Khas (SB) dan beberapa unit pakar yang dimiliki negara akan turut memerangi kegiatan terbabit.

Katanya, kegiatan menggodam pelayar web seperti itu diklasifikasikan sebagai jenayah siber.

Beliau berkata, ini disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu dibimbangi akan jadi lebih serius jika tidak dibendung malah data-data yang terlepas ke tangan penggodam mungkin menjadi antara inti pati bernilai bagi sindiket lain untuk tujuan tertentu.

“Jenayah ini dikategorikan mengikut atur cara jenayah komersil dan tindakan termasuk siasatan susulan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,” katanya.

sinarharian/-

Hikayat Hang Nadim

15 Rejab 1432H. [MOD] -

Semalam, saya berdiskusi dengan beberapa teman pulang bercuti sempena cuti sekolah yang panjang. Ternyata, ruang dan peluang ini amat bermakna. Beberapa surah diambil sebagai bahan kajian. Sasarannya adalah sikap watak yang ditonjolkan dalam kisah Al-Quran itu. Sikap Yusuf dan adik beradiknya menjadi tema utama.

Syarahnya, sikap Maharaja Zulqarnain dan kaumnya pula menyusul. Akhirnya, disedut sedikit sikap raja yang zalim dalam kisah Ashab Al-Ukhdud.

Sebelum bersurai, seorang teman yangsedang meneruskan pengajian sasteranya di peringkat M.A mencelah. "Sastera Melayu ada mencatat kisih sepersis ini ".

"Ya, karya Tun Sri Lanang, Singapura dilanda Todak!", Sambung seorang lagi.

Karya klasik ini memuatkan gabungan sejarah, mitos dan lagenda mungkin tidak begitu sahih untuk dijadikan sumber sejarah. Namun ianya membawa minda kita untuk melihat tasawwur dan pemikiran bangsa Melayu pada zaman purba.

(mungkin berlarutan sampai ke zaman pasca merdeka) Watak yang dibawa oleh Tun Sri Lanang seakan masih hidup dan sedang berlegar seputar kita pada hari ini.

Kisah seorang wali alim, Tun Jana Khatib yang dibunuh raja Temasik. Pembunuhan itu mengundang bala berupa todak melanda. Ramai rakyat yang terkorban lantaran kebodohan dan kebongkakan dan kengkuhan sang raja. Akhirnya, si pemuda pintar bernama Hang Nadim melontarkan pandangan bernas, batang pisang dijadikan kubu. Tapi, akhirnya, pemuda bijak ini dibunuh kerana para pembesar istana bimbang akan survival politiknya akan terjejas.

Dalam kisah itu, Maharaja Singapura telah membunuh Tun Jana Khatib, wali yang alim lagi peramah dan berkebajikan. Baginda murka lantaran Tun Jana Khatib berketurunan Pasai yang terkenal dengan Tanah yang kuat pegangan agamanya. Pasai merupakan Kerajaan Islam pertama di nusantara. Selepas Tun Jana Khatib dibunuh, Temasik dilanda todak. Lantaran itu, baginda menitahkan rakyat jelata berkotakan betis.

Maka, ramailah nyawa rakyat jelata terkorban. Nyata benar akan sikap pembesar itu yang amat pentingkan diri. Baginda hanya bertenggek angkuh di pundak gajah, sedang rakyat rebah bermandi darah. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sekoyong-koyong, datanglah seorang pemuda yang punya otak bergeliga.

“Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”

Idea bernas dari budak tersebut telah menyebabkan todak-todak yang menyerang pulau tersebut terlekat pada batang pisang. Todak itu kemudiannya dibunuh oleh orang-orang di pantai. Ada seekor todak yang melompat ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, terkena baju baginda hingga terkoyak, dan dijadikan seloka oleh orang ramai,

“Carik baju dilompati todak, Baharu menurut kata budak.” Sinis benar seloka ini menegur.

Melihat kecerdikan Hang Nadim, Orang Besar Istana mencadangkan agar Hang Nadim tersebut dibunuh. “Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.”

Alasan mereka, pandangan budak muda itu telah mencabar kewibawaan istana. Maka watak Maharaja Temasik cetek fikiran dan pendek akal yang digambarkan oleh Tun Seri Lanang itu telah menerima cadangan dan diikuti nasihat orang besar tersebut.

Hang Nadim yang bijak akhirnya dibunuh. Mereka bukan tidak tahu akan bernasnya pandangan murni Hang Nadim. Pandangan itu telah menyelamatkan nyawa penduduk Temasik dari terus ditikam Todak. Namun, jiwa hitam mereka takut, suatu hari nanti, Hang Nadim akan menurunkan mereka dari takhta kuasa. Otak muda bergeliga itu pastinya mudah mencerap keburukan mereka suatu hari nanti. Maka, kuasa dan survival mereka akan hilang

Watak ini masih hidup di dunia realiti pasca Malaysia merdeka. Sinonim benar cerita sang penguasa takutkan ulama'. Sinonim benar para pembesar yang kurang cerdik. Sinonim juga dengan para orang besar, tuan kuasa dan pak menteri yang sangat takutkan idea orang muda yang segar. Idea yang bakal mengganggu gugat survival kerusi dan kuasa mereka. Sinonim juga cerita orang besar 'menyembelih' dan 'membunuh' anak muda dengan pelbagai senjata undang dan akta.

Lihat sahaja zaman sebelum merdeka, para cendikiawan Islam yang segar dari Asia Barat yang kembali ke Tanah Air dengan nafas serta degup baru perjuangan menentang penjajah bobrok dilabelkan sebagai Kaum Muda. Label mudah untuk menggambarkan mereka adalah golongan tidak beradab dan ektremis. Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi, Za'ba dan Tok Janggut adalah contoh yang terbaik.

Terkemudiannya, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Prof Burhanuddin Al-Helmi juga dipalitkan dengan label yang sama. Mutakhir ini, Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga menerima padahnya. Golongan konservatif amat mencemburui kompetensi mereka dalam berdakwah.

Era 70-an pula menyaksikan kebangkitan anak muda terpelajar dari rahim universiti tempatan yang lantang membela rakyat dan menegur sang penguasa. Zaman keemasan itu menyaksikan gerombolan anak muda pimpinan Anwar Ibrahim (YB Datuk Seri) dan Hishamuddin Rais menuntut pembelaan buat rakyat dan negara.

Ustaz Hadi Awang (YB Datuk Seri) tidak ketinggalan untuk menjadi idola anak muda dengan idea perjuangannya segar yang dilontarkan ketika berceramah di Univeristi Malaya.

Maka, untuk menyekat kebangkitan ini, 'Maharaja Temasik' membunuh mereka dengan 'senjata' akta dan akujanji yang dikuatkuasakan di semua institut pengajian tinggi. Maka, tinggallah univeristi sebagai kilang untuk mendagangkan sistem pendidikan.

Ilmuan yang lahir bukan ilmuan sejati, bahkan ilmuan pondan yang boleh dicucuk hidung oleh san penguasa. Mereka menjadi buruh paksa rela untu memasarkan idea zalim sang penguasa kepada rakyat jelata melalui pelbagai teknik dan cara. Kementerian Pendidikan yang bertukar menjadi Kementerian Pelajaran (baca : Industri Pelajaran) adalah salah satunya.

Sejarah Ibrahim menyaksikan golongan anak muda diremeh-temehkan dalam masyarakat. Konotasi anak muda dikatikan dengan sikap panas baran, tidak matang dan terburu-buru. Itulah sikap anak muda. Yang perlu diubah bukannya tabiat mereka, tetapi sikap orang tua yang mudah menyalahkan ank muda. Potongan ayat Surah Al-Kahfi membenarkan idea ini.

Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. [Al-Kahfi : 28]

Menyekat anak muda bukan jalan yang baik. Sebaliknya, orang tua perlu lebih penyabar untuk mendepani 'kerenah' anak muda. Anak muda yang lapang waktunya akan mudah rosak dan punah seperti punahnya air yang bertakung. Saya secara peribadi menyambut baik idea Perdana Menteri yang ingin menubuhkan Parlimen Belia, samada ia bermotif polotik mahupun tidak. Anak muda perlukan tempat untuk mempamerkan pencak.

Sekurang-kurangnya, dengari idea mereka meski tidak pernah menarik untuk dipraktik. Nabi Sulaiman mendengar dari Hud-Hud. Sedang kalian bukan Sulaiman dan mereka bukan Hud-Hud.

Idea anak muda mesti didengari buat kebaikan semua. Jangan diulangi kesilapan Seri Maharaja.

Ihsan Fadhli Che Min

51 laman web tempatan telah digodam masih bermasalah .

Senarai laman we yang telah digodam sehingga kelmarin.
15 Rejab 1432H. [MOD] -

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebanyak 51 laman web tempatan telah diserang sehingga awal pagi kelmarin menyebabkan 41 daripadanya berjaya digodan dan mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

Pada pagi kami cuba mengakses beberapa laman web yang tersenarai diatas dan ternyata sebahagian besar yang kami cuba mesih mengalami gangguan yang serius malah tidak dapat diakses langsung. Setiap laman yang berjaya dimasuki memerlukan waktu yang lama.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali Anonymous untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Dalam perkembangan berkaitan pihak Polis menyatakan telah mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.

"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar kelmarin.