17 Jun 2011

Video seks masih tiada tindakan

15 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak berkuasa kerana gagal mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan video seks yang didakwa menyerupai dirinya.

Anwar berkata, pihaknya kini menanti siasatan polis untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab mendedahkan video seks itu.

“Negara dilihat membenarkan video seks diedarkan ke seluruh negara dan polis pula tidak tahu nak buat apa.

“Apa yang saya tahu, polis masih bagi perlindungan (kepada individu bertanggungjawab mendedahkan video seks itu),” katanya semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa pendedahan itu melibatkan kepentingan pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya.

“(Datuk Shazryl) Eskay, Datuk Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik hanya perkakas dibawah (yang dipergunakan) oleh mereka yang berada di atas

“Kalau pembangkang yang sebarkan video, sudah tentu polis akan mengambil tindakan serta merta, tetapi disebabkan mereka ada hubungan dengan UMNO, mereka bebas daripada sebarang tuduhan,” katanya.

sinarharian/-

Tiada ulasan: