Senarai laman we yang telah digodam sehingga kelmarin.
15 Rejab 1432H. [MOD] -
Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebanyak 51 laman web tempatan telah diserang sehingga awal pagi kelmarin menyebabkan 41 daripadanya berjaya digodan dan mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.
Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.
Pada pagi kami cuba mengakses beberapa laman web yang tersenarai diatas dan ternyata sebahagian besar yang kami cuba mesih mengalami gangguan yang serius malah tidak dapat diakses langsung. Setiap laman yang berjaya dimasuki memerlukan waktu yang lama.
Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali Anonymous untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Dalam perkembangan berkaitan pihak Polis menyatakan telah mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.
"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar kelmarin.
1 ulasan:
Biasalah...godam menggodamdah jadi lumrah. Sampai masa kita semua menunggu godam hakiki.
Tok sah lah rasa dah dapat menawan segala didunia...main ngan tektik budak2 nakal tak terlawan dek bapak2 gajah. Bior je lah gomen kena godam pun. Tak yah guna IT kalau dah sistem gomen pun dok tahap zaman hitam putih. Orang2 muda yang mula bekerja, masih menunggu 3 bulan untuk dapat gaji...ada sapa2 kesah!! Ada yang dua tahun baru dapat gaji, dok terima elaun pelatih 150 sb...ada sapa nak bantu baiki sistem kerja lapuk tu semua!! MasyaAllah apa nak jadi dengan orang2 gomen yang macam ni.
Harap kat front page je glamour...isi dalam hampeh!! Pemalas nak update. Puak2 tu pakat layan FB sampai mampus kerja lambat, lengah dan segala waktu dengannya. Dah lembab baik depa godam siap2.
Tu pun pakat ada hati nak kerja sampai 60. Tukar kerajaan nanti jangan lupa pelawa option pada yang dok jadi pecacai, balaci, kuda2 tua gomen yang menjatuhkan maruah gomen tu sendiri.
Harapkan bangunan saja megah.Nak ubah budaya gomen memang susah. Hanya dengan menukar kerajaan. Berjuanglah dengan pensil 2B yang disediakan nanti.
Catat Ulasan