17 Jun 2011

Pemilihan JK Mesjid Pulau Pinang ditangguhkan.

15 Rejab 1432H. [MOD] -

Pemilihan jawatankuasa kariah masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.

"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilihan ala pilihan raya yang membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah itu mendapat bantahan yang tidak berasas dari pihak tertentu .

Mereka memberi alasan yang tidak munasabah kononnya dan menyifatkan pilihan raya kariah masjid itu hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain menuduh pemilihan itu mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Isu sebenarnya dilihat bagaimana terdapat pihak yang bimbang hilang penguasaan kepada Mesjid dan sengaja menimbulkan pelbagai Isu bagi terus mempolitikkan mesjid serta ingin terus melihat masjid tidak aktif darimajlis keilmuan.

Apapun kita harapkan mesjid di Pulau Pinang dapat dipacu secara aktif untuk membimbang orang Melayu kearah memahami Islam. Majlis ilmu mestilah disemarakkan tanpa ada gangguan walau siapapun yang menjadi Jawatankuasanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya jika org tak minat ke masjid jadi AJK MASJID.bila nak buat pilihan anak kariah takut,psal dh thu anak kariah tak suka padanya.jadi bagi alasan macam2lah. disini adakah ketua umno aja yg boleh melantik AJK masjid ni.

suahati berkata...

Mesjid sebenarnya tiada memerlukan pentadbir sebenarnya.Apa yang diperlukan ialah seorang IMAM yang sebenar-benarnya yang memegang amanah dan ajaran peninggalan Nabi Muhammad saw.

Sekiranya Imam dan anak kariah sesebuah mesjid itu benar-benar mengamalkan ajaran Rasullallah saw Insyaallah mesjid itu akan berdiri tegak dan dipenuhi dengan manusia beriman utk beribadat.

Penuh dan makmurnya mesjid itu terletak ditangan Allah Maha Berkuasa, bukan terletak dibahu AJK yg ada. Kalau ketiadaan AJK sekalipun, anak kariah tetap boleh meneruskan ibadat kerana ingatlah semua yg dilakukan kita adalah Kerana Allah swt.