17 Jun 2011

Penggodam laman web diburu

15 Rejab 1432H. [MOD] -

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak berhubung langkah sekumpulan penggodam dipercayai didalangi warga tempatan pecah masuk beberapa laman web kerajaan.

Ia dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan dipandang serius.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan beberapa agensi lain bagi membendung kegiatan terbabit.

Menurutnya, perbuatan itu (menggodam web) wajar diberi penekanan serius dan setuju dengan hasrat disuarakan Menteri di Kementerian Kesenian, Warisan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Dalam usaha itu, kami akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis,” katanya di majlis pemakaian pangkat kepada 45 pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia di Kompleks Penjara Kluang di sini, semalam.

Beliau berkata, Unit Cawangan Khas (SB) dan beberapa unit pakar yang dimiliki negara akan turut memerangi kegiatan terbabit.

Katanya, kegiatan menggodam pelayar web seperti itu diklasifikasikan sebagai jenayah siber.

Beliau berkata, ini disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu dibimbangi akan jadi lebih serius jika tidak dibendung malah data-data yang terlepas ke tangan penggodam mungkin menjadi antara inti pati bernilai bagi sindiket lain untuk tujuan tertentu.

“Jenayah ini dikategorikan mengikut atur cara jenayah komersil dan tindakan termasuk siasatan susulan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,” katanya.

sinarharian/-

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Buru2 senyap. Gah memburu, senyap sunyi. Konon terhandal, kes Nurin pun sepi. Dadah berjuta2 dirampas pun senyap. Masalah politik dalaman dah jadi major mission. Anwar dah seperti ancaman negara. Padahal nak bersuara membela nasib rakyat. Apalah salahnya!!

Pendatang asing memenuhi ruang lingkup negara, ada sapa2 kesah. Pasar chow kit dah penuh negro membeli belah dengan selesa, dah macam mak bapak dia punya negara. Indon, bangla berleluasa dimana2.

Tu belum amah didera majikan cina maupun melayu tanpa permit pun ramai bersepah. Balik2 kes Anwar.

Cuba pakat p berdiri dengan uniform polis, tentera, imegresen depan pasar chow kit. Saheh sunyi sepi tak nampak batang hidung PATI. Yang tinggai cuma penagih2 dadah, anak2 melayu dok jaga parkir. Alih2 penjara penuh dengan ikan2 bilih. Jerong2 depan mata bermaharaja.

Pencapaian tu kena didahulukan, rakyat macam mana pun tak pa.

Cuma nak tengok kelainan la sikit bila mandat diberi pada yang takutkan Tuhan yang kenal diri bahawa dihidupkan atas muka bumi ni pun kerana Allah.