17 Jun 2011

Perkasa ada niat jahat

15 Rejab 1432H. [MOD] -

PASIR MAS – Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) tampil membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, apabila Perkasa dikatakan mencetuskan provokasi, semalam.

Ketua Pemuda Pas Pasir Mas, Rozi Muhamad berkata, ia adalah berhubung kenyataan Ibrahim dalam sidang akhbar baru-baru ini, dikatakan berbaur hasutan kepada semua rakyat.

“Beliau (Ibrahim) mengarahkan agar ahli-ahlinya keluar berhimpun bagi membantah himpunan Bersih 2, yang dianjurkan Kumpulan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih), 9 Julai depan di Kuala Lumpur.

“Beliau juga dengan lantangnya sanggup bertempur dengan kumpulan Bersih dalam himpunan itu kelak,” katanya.

Rozi berkata, kenyataan seumpama ini adalah bertujuan jahat dan ingin mencetuskan keadaan huru-hara pada himpunan itu kelak.

Menurutnya, sedangkan niat sebenar perhimpunan itu adalah himpunan rakyat secara aman bagi menuntut agar Pilihan Raya Umum ke-13 berjalan secara adil dan bersih.

“Apabila Presiden Perkasa membuat kenyataan berupa provokasi dan hasutan, jelaslah bahawa mereka ingin menghuru-harakan himpunan aman ini dan beliau adalah berniat jahat,” katanya.

sinarharian/-

Tiada ulasan: