17 Jun 2011

Laman web CIA digodam

15 Rejab 1432H. [MOD] -

VIRGINIA - Kumpulan penggodam Lulz Security mendakwa berjaya menggodam laman sesawang Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kelmarin dalam serangan terbaru ke atas laman kerajaan AS.

Pendedahan itu dibuat menerusi akaun laman sosial Twitter milik kumpulan itu.

Laman sesawang rasmi CIA dilaporkan tidak berfungsi selama dua jam selepas diserang Lulz yang mendakwa mempunyai anggota di seluruh dunia.

Jurucakap CIA, Preston Golson mengakui laman sesawang agensi itu berhadapan masalah dan perkara tersebut sedang disiasat.

Kumpulan itu sejak beberapa minggu lalu mendakwa menyerang laman sesawang Sony, Nintendo, Senat AS, Sistem Penyiaran Awam AS dan juga syarikat Infragard yang berkhidmat dengan agensi kerajaan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Lulz Security bukan satu-satunya kumpulan penggodam menyerang laman sesawang syarikat dan pertubuhan kerajaan tetapi menjadi popular kerana menerbitkan maklumat yang dicuri secara terbuka.

Tiada ulasan: