17 Jun 2011

Kalau SPR Terima Cadangan, Kemungkinan Himpunan Bersih Tidak Akan Diadakan

15 Rejab 1432H. [MOD] -

Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah
untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku
adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan
datang.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan
Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas
tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku
kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan
mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang
bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi
memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian
terus dalam setiap pilihan raya.

Kita mendesak agar SPR dapat menjalankan amanah yang diberi kepada
mereka dengan adil dan bebas dari sebarang pengaruh politik. Sekiranya
SPR dapat melaksanakan tugas seperti yang tersebut diatas dengan baik
tidak timbul orang ramai meragui sebarang tindakan SPR selama ini.
Sekiranya SPR dan kerajaan tidak mahu himpunan bersih diadakan SPR dan
mereka yang berwajib seharusnya bersedia untuk bertemu,berunding dan
menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang professional.

Pihak SPR sepatutnya bersedia untuk berubah demi kebaikan untuk semua.
Sebarang pemintaan dari rakyat seharusnya diambil perhatian yang
serious dari pihak SPR agar perkara yang tidak sepatutnya berlaku
dapat dielakkan. Jadi kita mohon agar mereka yang telah diberi amanah
menjaga SPR seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara yang
tesebut tadi. Jangan pandang ringan masalah rakyat yang mahu keadilan
dan kebebasan untuk bersuara.

Mungkin hari ini kamu diberi kuasa untuk menjaga amanah rakyat dan
suatu hari nanti bila kamu sudah tidak berkuasa kamu yang akan
menanggung akibat dari perbuatan kamu yang tidak jujur dan tidak
amanah. Bagi mereka yang beragama sudah pasti mereka tahu akibat
perbuatan mereka didunia akan di soal di akhirat nanti.

Kepada pengurusi SPR kita minta kamu supaya berlaku adil dan amanah
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kamu, mari kita
perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu agar kamu akan
dihormati oleh rakyat dan janganlah kamu tunduk kepada arahan yang
bercanggah dengan tugas kamu. Kalau kamu sukar untuk melaksanakan
tugas kamu dengan adil dan bebas lebih baik kamu letak jawatan secara
terhormat, Insya-Allah rakyat akan memandang mulia dan menghormati
keputusan kamu.

Sekali lagi kita minta SPR agar menunaikan hasrat dan pemintaan orang
ramai agar dapat mengubah apa yang patut demi kebaikan semua. Marilah
kita menuju ke arah Negara berkebajikan dan adil untuk semua.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: