18 Disember 2013

Elaun EXCO dan ADUN Perlis naik mulai 1 Januari 2014

14 Safar 1435H. [MOD] -
Kangar: Elaun Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis akan dinaikkan antara 20 hingga 46 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 selepas sidang DUN meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, pagi tadi. 


Menteri Besar, Azlan Man, berkata elaun (gaji pokok) Adun akan dinaikkan daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 manakala gaji Menteri Besar dinaikkan dari RM14,175.15 kepada RM17,000. 

Barangan tiruan lebih RM7 juta dirampas

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas barangan tiruan bernilai RM7,127,032 daripada 671 tindakan kes yang diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tempoh Januari-Oktober tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata barangan yang dirampas itu termasuk rokok, arak, ubat-ubatan, barangan makanan, pakaian dan barangan keperluan diri. 

Saman fitnah Gardenia Bakeries ditolak

14 Safar 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini tadi menolak saman fitnah oleh sebuah syarikat pembuat dan pengeluar roti terkenal terhadap seorang lelaki membabitkan penemuan seekor cicak dalam sebungkus roti dibeli lelaki terbabit pada 6 Januari tahun ini.

Hakim Sabariah Othman ketika membaca penghakimannya menyatakan gambar yang diterbitkan dalam artikel di lima akhbar berbahasa Cina tidak merujuk kepada plaintif, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. 

Barang naik: Khairy disaran henti tindakan populis

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyarankan agar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menghentikan tindakan populis dan segera menjawab keresahan rakyat ekoran daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini. 


“Mengapa sudah berlaku kenaikan baru hendak berbincang dan kononnya membela nasib belia?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

PAS Melaka selesai bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

14 Safar 1435H. [MOD] -
MELAKA: PAS Melaka selesai melantik ahli jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuaratnya di Pejabat Perhubungan PAS negeri malam tadi.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dengan persetujuan sebulat suara semua Ahli Badan Perhubungan PAS Melaka.

Tol naik: Kerajaan lemah buat perjanjian berat sebelah

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berhenti memberi alasan dan terus membebankan rakyat kerana kelemahan mereka sendiri.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan.

Beliau berkata, kerana kelemahan kerajaan yang membuat perjanjian yang berat sebelah, rakyat yang harus menanggung beban kenaikan tol.

Hanya 59 mangsa banjir di dua daerah di Pahang

14 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Hanya terdapat 59 orang mangsa banjir dari 16 keluarga yang masih berada di empat pusat pemindahan di Pekan dan Maran. 


Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 41 mangsa dari 10 keluarga berada di tiga pusat pemindahan di Pekan. 

17 Disember 2013

4 lelaki didakwa bunuh remaja disyaki curi tabung masjid

13 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lalu. 

Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko,20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 5 pagi, 3 Disember lalu. 

Jodoh tutup malu

13 Safar 1435H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.

1,073 mangsa banjir di Pahang

13 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,073 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,263 orang pada 9 malam tadi.

    
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 262 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 18 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Contohi cara Ustaz Azhar tarik generasi muda - Exco

13 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Para pendakwah disarankan untuk mengikuti strategi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk menarik minat anak-anak muda supaya mendekati ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi, berkata pendekatan Ustaz Azhar wajar dijadikan contoh kerana penceramah itu bijak mengatur strategi seiring dengan kemahuan dan selera anak-anak muda, namun masih berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Syabas mula baiki loji rawatan air sungai Selangor

13 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memulakan kerja dan henti tugas sementara hari ini di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2, Batang Berjuntai yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang dan Selangor.

    
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata pelaksanaan kerja-kerja henti tugas itu mengambil masa 13 jam mulai 8 pagi ini hingga 9 malam.

Tol naik: Mudahnya menteri Umno jawab

13 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa "pengguna boleh jalan biasa jika mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi" terus memperlihatkan tahap pemikiran sebenar menteri-menteri Barisan Nasional.


Abdul Wahid selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu semalam dipercayai sebagai menjawab rungutan dan keluhan rakyat berikutan pengumumannya sebelum ini bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan kerana terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi.

Bom ditemui dalam pasar raya di Belfast

13 Safar 1435H. [MOD] -
LONDON: Orang ramai yang membeli-belah untuk persiapan Hari Natal di sini gempar apabila bom ditemui di pusat membeli-belah, Cornmarket, kata polis. 

"Pusat membeli-belah Cornmarket di bandar Belfast ini ditutup berikutan kejadian pada kira-kira jam 6.40 petang (waktu tempatan) apabila alat disyaki bom ditemui .

Penyokong bola sepak terlepas tuduhan peluk Cristiano Ronaldo

13 Safar 1435H. [MOD] -
MIAMI: Pendakwa raya menggugurkan tuduhan terhadap seorang penuntut kolej berusia 20 tahun yang melompat keluar dari tempat duduk, berlari ke padang dan memeluk bintang Real Madrid, Cristiano Ronalto ketika perlawanan pertunjukan di sini, Ogos lalu. 

Penyerang kebangsaan Portugal itu mencelah dalam kes tertuduh, Ronald Gjoka, warga Kanada yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dan menceroboh selepas insiden pada separuh masa kedua perlawanan Piala Juara Antarabangsa di antara Real dan Chelsea.