04 Januari 2012

Taliban setuju rundingan damai di luar Afghanistan

10 Safar 1433H. [MOD] -

KABUL 4 Jan. – Kumpulan militan Taliban mengumumkan persetujuan untuk mengadakan rundingan damai di luar Afghanistan, iaitu di Qatar sebagai tanda untuk berunding dengan pihak antarabangsa, terutamanya dengan Amerika Syarikat.

Persetujuan tersebut merupakan rundingan damai yang pertama selepas lebih 10 tahun menentang kerajaan Kabul dan sebelum ini pernah menyatakan untuk tidak membuat sebarang rundingan sehingga pasukan tentera asing keluar dari Afghanistan.

“Kami kini telah bersedia untuk mengadakan rundingan damai di luar Afghanistan,” kata kenyataan kumpulan tersebut menerusi laman web Voice of Jihad. – AFP/REUTERS

Saintis temui ikan jerung hibrid

10 Safar 1433H. [MOD] -

SYDNEY – Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.

Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.

“Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi,” kata Morgan.

Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.

Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.

Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. – AFP

Masjid New York diserang

10 Safar 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Sebuah masjid di bandar New York, Amerika Syarikat diserang dengan bom api dalam satu pembakaran sengaja yang dipercayai berpunca akibat jenayah kebencian terhadap agama.

Masjid di bangunan Yayasan Imam Al-Khoei di daerah Queens mengalami kerosakan pada bahagian hadapan selepas dua botol koktel Molotov dibaling, awal pagi kelmarin, semasa lebih 100 orang sedang berkumpul di masjid itu.

Dua lagi serangan serupa berlaku di kawasan kejiranan sama dengan menyasarkan sebuah kedai runcit milik penduduk beragama Islam dan sebuah rumah yang digunakan sebagai kuil oleh penganut Hindu.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg dilihat cuba menenangkan keadaan dan menegaskan serangan tersebut bercanggah sama sekali dengan semangat diamalkan penduduk bandar raya itu.

Polis sedang menyiasat motif serangan bagi menentukan sama ada ia dilakukan oleh individu.

Pemimpin komuniti Islam di bandar tersebut sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila hak asasi penduduk Islam dicabuli berikutan mereka perlu menghadapi pemantauan rapi polis sejak serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.

sinar harian/-

12 maut dalam dua serangan bom di Afghanistan

10 Safar 1433H. [MOD] -

KANDAHAR 4 Jan. – Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam serangan kedua pengebom berani mati di sini, semalam.

Angka korban tersebut termasuk empat penduduk awam dan tiga anggota polis, kata Ketua Polis Kandahar, Jeneral Abdul Raziq.

Awal pagi ini, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika menunggang motosikal di kawasan sesak menyebabkan empat kanak-kanak dan seorang anggota polis terbunuh. – AFP

Makin kuat ditekan, makin ramai mahasiswa bangkit

10 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Jan: “Semakin kuat mahasiswa ditekan, semakin ramai akan bangkit dan semakin ramai ikon perjuangan mereka mampu dilahirkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Justeru, katanya Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli kini telah menjadi sebutan rakyat dan menjadi idola mahasiswa bagi memperjuangkan keadilan.

Menurutnya, mereka adalah ikon rakyat yang cintakan keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan.

Sehubungan itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah di atas keberanian mahasiswa menyatakan kebenaran dengan mengadakan himpunan aman bagi membantah Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) sehingga menyebabkan 2 orang pelajar mengalami cedera parah semasa himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru 2012 lalu.

“DPPM menganggap perkembangan ini yang bermula dengan insiden menurunkan bendera oleh seorang mahasiswa, Adam Adli sehingga ke tragedi di UPSI malam tahun baru 2012 menunjukkan proses kematangan dan kedewasaan mahasiswa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, mahasiswa kini sudah mampu memposisikan diri mereka sebagai golongan yang bersuara mewakili segmen masyarakat yang inginkan keadilan, dan kebebasan.

Tambahnya, mahasiswa telah keluar dari kepompong ketakutan yang selama ini membelenggu mereka sehingga berani bersuara mendesak agar Auku dimansuhkan segera.

“Gerakan mahasiswa seharusnya mampu mencorakkan masyarakat menjadi golongan yang peka, sensitif, dan responsif terhadap persekitaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat akan cepat sedar terhadap kebobrokan yang berlaku melalui sesuatu isu dan rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh pemerintah.
Idealisme dan suara mahasiswa tidak perlu disekat seperti dahulu, ujarnya.

“Sudah berpuluh tahun mahasiswa di halang dari berfikir secara matang ke atas sesuatu isu yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu dipandu supaya haluan mereka mengikut lunas kemanusiaan dan menurut syariat Islam serta norma budaya masyarakat di negara ini,” ujarnya.

Menrutnya, mereka wajar didorang agar bertindak positif demi memastikan negara berada pada landasannya yang sebenar.

Justeru, tegasnya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa tindakan zalim dan keras ke atas mahasiswa tidak sesekali mematikan api perjuangan mereka, malah akan memarakkan lagi arus perjuangan.

Tambahnya, tragedi pembantaian mahasiswa di depan UPSI tempoh hari tidak menggentarkan mereka, sebaliknya mereka bingkas untuk mengadakan banyak lagi siri himpunan aman membantah Auku.

Harakah Daily

Hadi, Kit Siang sertai kempen

10 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA - Pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 pada hari keputusan perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu diumumkan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari tersebut.

“Kita jamin tiada insiden yang tidak baik berlaku pada 9 Januari nanti, melainkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memprovokasi.

“Perhimpunan besar-besaran itu bagi memastikan rak­yat sentiasa bersama-sama PR pada Pilihan Raya Umun (PRU) akan datang,” katanya pada sidang media PR, di sini, semalam.

Perbicaraan kes liwat itu katanya tidak akan menggagalkan rancangan Pakatan untuk membentuk kerajaan persekutuan dan berikrar bahawa PR dan PKR akan terus berjuang untuk rakyat.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan bersungguh-sungguh.

“Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud PRU yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberikan kua­sa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambah baik pentadbiran negara.

“Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.

“Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan,” katanya.

Sinar Harian

Sangka jiran bakar sampah

10 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Dua sekeluarga nyaris maut apabila rumah kedai dua tingkat yang juga dijadikan kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Tok Molor, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kebakaran disedari Rohana Alim, 44, kemudian mengejutkan suaminya, Wan Zulkifli Wan Salleh, 46, yang sedang lena tidur di bahagian tingkat bawah.

Menurut Rohana, semasa kejadian, dia berada di tingkat atas rumah yang disewanya sejak lebih 10 tahun itu sedang berehat selepas pulang daripada bersiar-siar dan secara tiba-tiba dia terhidu bau asap.

“Pada awalnya saya tidak menghiraukan bau itu kerana menjangkakan jiran sedang membakar sampah tetapi lama-kelamaan bau itu makin kuat menyebabkan saya tidak sedap hati lalu menjenguk melalui tingkap untuk melihat sendiri punca bau itu.

“Semasa itulah, saya ternampak orang ramai di hadapan rumah dan sejurus melihat saya, mereka menjerit memberitahu rumah saya sudah terbakar serta menyuruh segera keluar dari rumah itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, kelmarin.

Rohana berkata, dalam keadaan kelam kabut itu, dia langsung tidak sempat untuk menyelamatkan sebarang harta benda, yang ada di fikirannya adalah untuk menyelamatkan diri dan suami.

“Nasib baiklah ketika kejadian hanya saya dan suami sahaja berada di rumah manakala anak kami seramai tiga orang semuanya berada di luar,” katanya.

Bagaimanapun, Rohana berkata, dia bersyukur kerana rumah yang disewanya itu berjaya diselamatkan walaupun hanya 40 peratus dan tidak semua barangan di dalam rumahnya hangus.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Badrol Hisham Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran itu pada jam 6.15 petang.

“Kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 6.20 petang dan api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6.28 petang.

“Dengan kekuatan anggota seramai 21 orang, kami berjaya menyelamatkan rumah kedai dua pintu ini daripada hangus sepenuhnya dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sinar Harian

7 sekolah dibuka semula

10 Safar 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG – Tujuh daripada 11 sekolah yang ditunda hari pertama persekolahan sesi 2012 akibat banjir dan terputus hubungan semalam akan memulakan sesi baru hari ini.

Empat sekolah lagi masih ditutup akibat terputus hubungan serta ditenggelami air iaitu Sekolah Kebangsaan Balar dan Bihai di Gua Musang serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Alfalah Siram dan SABK Diniah Bongor.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, sekolah berkenaan ditutup setelah beliau mengambil kira soal keselamatan pelajar.

Menurutnya, pekarangan SABK Alfalah Siram dan Diniah Bongor masih digenangi air dan pihak Jabatan Pelajaran akan memantau keadaan sekolah terlibat seterusnya memaklumkan kepada ibu bapa.

“SK Balar dan Bihai di Gua Musang masih tidak dapat memulakan sesi persekolahan akibat terputus hubungan dan akan dimaklumkan kemudian tarikh persekolahan kedua-dua sekolah ini.

“Sehingga hari ini tidak ada kerosakan peralatan sekolah yang dilaporkan berlaku kerana pihak sekolah bersiap sedia dari awal menghadapi banjir dengan meletakkan kerusi dan meja di tempat tinggi,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ketika melawat sekolah yang ditutup akibat banjir, di sini.

Hussain berkata, sekolah yang terpaksa ditutup semalam akan digantikan hari persekolahannya pada hari Sabtu, bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di sekolah terbabit bagi membolehkan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan selesa.

Sementara itu, pada sidang media sama, Hussain berkata, 28,586 murid tahun satu mendaftar di seluruh Kelantan bagi sesi persekolahan 2012 berbanding 29,229 tahun sebelumnya.

Semalam, 11 sekolah di dua daerah iaitu sembilan di Pasir Mas dan dua di Gua Musang diarahkan tutup seterusnya tidak dapat memulakan sesi baru persekolahan tahun 2012, berikutan terputus hubungan serta kawasan sekolah dinaiki air.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai; SK Balar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; SK Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang Satu; SK Sri Rantau Panjang 2; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Boon; SK Lubok Setol; SK Kok Pauh, SABK Alfalah Siram dan SABK Diniah Bongor.

Berikutan penutupan itu, pembelajaran dan pengajaran 5031 pelajar terjejas hubungan sementara sekolah lain ditutup kerana dinaiki air serta jalan menghubungkan sekolah dengan jalan utama dinaiki air.

Sinar Harian

OKU didakwa buat aksi lucah melampau

10 Safar 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak lelaki di dalam tandas se­buah pasar raya, April tahun lalu.

Calvin Oh Keng Weng, 22, beralamat di Taman Sentosa, Klang, bagaimanapun, tidak membuat sebarang pengakuan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Keng Weng didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dengan membuka seluar dan memegang kemaluannya di dalam tandas pasar raya terbabit, kira-kira jam 10.30 malam, pada 16 April 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Keng Weng, yang diwakili peguamnya, Damian Yeo dan F M Wong, memohon mahkamah memberikan tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihaknya melakukan representasi kepada pihak pendakwaan atas sebab tertuduh adalah golongan OKU, diperakui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Disebabkan tertuduh OKU, dengan masalah pembelajaran dan pemahaman sehingga sukar untuknya memahami fakta dan pertuduhan, saya mohon tarikh sebutan semula untuk representasi kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Ida Rahayu menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 14 Februari hadapan dan turut membenarkan Keng Weng diikat jamin RM2,000.

Sinar Harian

Anak palsu minta wang tebusan

10 Safar 1433H. [MOD] -

SERI KEMBANGAN - Tindakan bijak diambil seorang bapa menghubungi isterinya untuk memastikan keadaan anaknya berjaya menyelamatkan dia daripada ditipu individu dipercayai berniat meminta duit tebusan daripadanya.

Bapa berkenaan, Alex, 48, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada satu nombor tidak dikenalinya ketika berada di sebuah stesen minyak bersama seorang rakan tengah hari Jumaat lalu.

“Ketika menjawab panggilan, kedengaran suara seorang budak lelaki mirip suara anak sulung yang meminta tolong. Budak itu menangis sambil berkata ‘bapa tolong saya, orang jahat sudah tangkap saya, cepat datang selamatkan saya’.

“Tanpa memutuskan talian, saya kemudian menghulurkan telefon bimbit kepada rakan yang berada bersama ketika itu untuk menyambungkan perbualan manakala saya kemudian menghubungi isteri untuk bertanya keadaan anak menggunakan telefon bimbit yang lain,” katanya.

Isteri mangsa, yang dikenali sebagai Yee, 41, berkata, dia terkejut menerima panggilan suami yang menceritakan apa yang berlaku kerana mendakwa anaknya selamat bersamanya ketika itu.

“Pada hari berkenaan saya menghantar anak yang memasuki tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di sini untuk menghadiri Hari Orientasi.

“Anak saya pergi ke sekolah pada jam 8 pagi dan program berkenaan berakhir pada jam 11.30 pagi. Kira-kira jam 12 tengah hari, suami menghubungi saya menyatakan dia menerima panggilan daripada seorang budak lelaki menangis memberitahu diculik,” katanya.

Yee berkata, dia memaklumkan anaknya selamat dan sedang menikmati makan tengah hari bersamanya ketika itu.

“Suami memberitahu panggilan dibuat sekali sahaja tetapi apabila nombor berkenaan cuba dihubungi semula, talian tidak dapat disambungkan.

“Saya rasa dia hendak cuba minta wang tebusan tetapi tidak sempat mungkin kerana menyedari telefon diserahkan kepada orang lain,” katanya yang akan membuat laporan polis dan memberitahu pihak sekolah berkenaan apa yang berlaku.

Menurutnya, anaknya kini masih dalam keadaan ketakutan apabila mengetahui hal itu kerana sesi persekolahan baru sahaja akan bermula.

“Saya tidak pasti sama ada orang itu mengenali saya atau tidak, namun yang pasti dia bukan mahu bergurau tetapi dia memang cuba untuk menipu wang.

“Sekarang saya bimbang untuk membiarkan anak menaiki bas bersendirian kerana risaukan keselamatannya,” katanya ketika mengadukan perkara itu kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Pejabat Khidmat DAP Serdang di sini, semalam.

Sementara itu Nie Ching berkata, apa yang dialami kedua ibu bapa itu bukanlah aduan pertama diterimanya.

“Tiga empat tahun lalu saya pernah menerima lima kes aduan sama. Bagi kes ini saya rasa ibu bapa berkenaan bernasib baik kerana si suami ada dua telefon.

“Dalam kebanyakan kes, pemanggil tidak akan izinkan penerima panggilan untuk letak telefon dan akan ugut mencederakan anak mangsa yang didakwa diculik sekiranya talian diputuskan. Biasanya pemanggil akan menyuruh mangsa terus ke bank masukkan duit ke dalam satu akaun jika mahu anak mereka selamat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya kes sama akan berulang dan meminta ibu bapa berhati-hati.

“Kes penipuan seperti ini sudah banyak kali berlaku, saya harap pihak sekolah perlu beri nasihat kepada ibu bapa dan pelajar supaya semua pihak akan berhati-hati,” katanya.

Sinar Harian

MyKad baru jadi tumpuan

10 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Orang ramai mula membanjiri Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam untuk membuat permohonan MyKad baru yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini.

Tinjauan Sinar Harian di JPN Selangor di Plaza Masalam di sini mendapati, orang ramai mula memenuhi ruang pejabat jabatan itu sejak awal sebelum kaunter nombor giliran dibuka jam 7.30 pagi.

Seorang penyelaras projek di syarikat swasta, Shahfiee Daud, 59, berkata, dia bersemangat untuk memohon MyKad baru kerana yakin kualiti kad baru itu.

“Jam 8 pagi lagi saya sudah berada di JPN Putrajaya buat permohonan MyKad baru, tetapi terpaksa batalkan hasrat itu kerana terlalu ramai orang yang menunggu untuk memohon kad pengenalan.

“Saya terus bergegas ke JPN di sini dan bernasib baik kerana sudah dapat nombor giliran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPN Selangor, Mohd Azmin Hassan berkata, sehingga jam 11.45 pagi semalam, sebanyak 640 permohonan diterima berdasarkan angka giliran dikeluarkan, sejak pejabat itu dibuka.

“Proses menyiapkan MyKad hanya mengambil masa 24 jam jika tiada masalah teknikal, bagaimanapun, individu yang sampai awal, sudah terima kad ini pada hari sama.

“Ini kerana, kita sudah mula cetak MyKad di sini sejak November lalu, tetapi, jika permohonan dibuat di pejabat cawangan JPN, ia akan mengambil masa 10 hari bekerja kerana kad dicetak di Putrajaya,” katanya.

Pengeluaran MyKad baru yang dikatakan mampu menangani isu pemalsuan, ketahanan dan kualiti itu dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.

Sinar Harian

Pelajar Malaysia maut kemalangan di New Jersey

10 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey, demikian menurut akhbar The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat.

Laporan itu mengesahkan bahawa pelajar yang terbunuh dalam kemalangan kelmarin di laluan Interstate 78 itu, menuntut di Ohio State University, tetapi namanya belum disiarkan.

Pelajar kedua berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil. Kesemua mereka berusia antara 19 dan 21 tahun.

Laporan itu menyatakan kemalangan itu berlaku pada kira-kira 4 petang (waktu tempatan) apabila Chevrolet Equinox terbabas keluar jalan dan melanggar pokok dan tiang lampu.

Polis berkata pemandu keletihan.

Sementara itu, Wisma Putra ketika dihubungi berkata pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat untuk mendapatkan butir-butir lanjut.

Sinar Harian

Aziz Bari: Sertai parti tak penting, saya mahu bantu Pakatan

10 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Bekas profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, penyertaan beliau dalam mana-mana parti politik komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak penting, sebaliknya hanya mahu membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah kata beliau, apa yang penting bagi dirinya ialah membawa mesej perjuangan dan membantu PR, yang akan genap empat tahun April ini, mencapai matlamat perikatan tersebut.

Lagipun kata Aziz, beliau juga tidak pernah mengisi borang menjadi ahli mana-mana parti politik termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disebut-sebutkan banyak pihak.

"Saya tidak isi borang menjadi ahli parti politik. Setahu saya, saya sendiri tidak mengisi borang menjadi PKR pun.

"Jadi, bagi saya menjadi ahli parti politik bukan penting... ia bukan isu. Bagi saya, saya menjadi ahli parti politik juga bukan satu perkara penting," kata Aziz sambil menekankan bahawa beliau akan bertanding jika diberi peluang untuk membantu PR mencapai matlamat perjuangan.

"Terpulanglah kepada mana-mana parti (dalam PR)... jadi ahli tidak penting, itu bukan isunya," kata beliau yang mengakhiri perkhidmatannya di UIA pada 31 Disember lalu.

Malah kata Aziz, sekiranya bertanding dalam pilihan raya kali, ia juga merupakan keputusan 'sekali sahaja'.

"Saya pun sudah 53 tahun, jadi kalau saya tanding pun, ia hanya 'one-off' sahaja," katanya lagi kepada Sinar Harian Online.

Minggu lalu, Dewan Pemuda Pas Pusat mempelawa Aziz menyertai parti Islam itu sekiranya ahli akademik itu sudah menamatkan kerjayanya di UIA.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tawaran itu bagi memberi ruang kepada pensyarah undang-undang berkenaan mempraktikkan ilmunya sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan dalam menegur kepincangan sistem politik negara.

“Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara yang amat memerlukan ilmunya selama ini.

“Kita yakin penyertaan beliau dapat memberikan manfaat kerana ilmunya selama ini, diterjemahkan bagi membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang sebenar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sekiranya Aziz menyertai Pas, bekas pensyarah itu dapat mengembangkan lagi ilmunya untuk sama-sama memelihara Perlembagaan Negara yang sering dipertikaikan selama ini.

Beberapa laporan media juga menyebut beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam.

Sinar Harian

Jadikan Balai Polis Bandaraya Miri Canggih dan Moden

10 Safar 1433H. [MOD] -

MIRI –Balai polis pusat yang berada ditengah bandaraya Miri perlu diubahsuai mengikut peredaran zaman. Memandangkan balai polis sekarang yang sudah agak lama dan agak ketinggalan dari segi peralatan moden dan ianya perlu dinaik tarafkan.

Jadikan balai polis bandaraya Miri lebih canggih dengan menggunakan peralatan yang lebih moden dan terkini supaya ianya dapat melaksanakan tugas mereka dengan Mesra,Cepat dan Betul sesuai dengan moto PDRM (Polis Di Raja Malaysia).

Pihak polis yang bertugas di balai polis pusat Miri juga harus bersikap mesra dengan pengadu agar mereka yang membuat aduan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Dengan menggunakan peralatan yang canggih dan moden sudah pasti pihak polis dapat membenteras penjenayah dengan lebih cepat dan tepat.

Begitu juga dengan saiz balai polis sekarang agak kecil dan kawasannya juga agak sempit maka perlu dibina balai polis yang moden dan besar setanding dengan bangunan yang berada di sekitarnya.

Sekurang-kurangnya dua tingkat dimana dibawahnya tempat kaunter aduan dan di tingkat atas tempat tahanan reman atau bilik pengawai yang bertugas.

Tempat letak kenderaan khas juga perlu diberi kepada para pengadu supaya tidak susah untuk mereka mencari tempat letak kenderaan lebih-lebih lagi waktu kecemasan dan sebagainya.

Semua di atas adalah cadangan untuk menaiktaraf balai polis yang ada sekarang. Sudah tentu yang layak untuk membuat reka bentuk balai polis yang terbaik adalah dari pihak keselamatan dalam negeri mengikut standard keselamatan antarabangsa.

Kita juga sarankan kepada pihak polis supaya memasangkan CCTV untuk mengawasi pengerakan penjenayah atau peragut dan juga perbuatan vandalisma di tempat awam disekitar bandaraya Miri bukannya hanya mengawasi pengerakan parti pembangkang yang sah mengikut undang-undang Negara.

Tugas dan Tanggungjawab Polis

Sebagai anggota keselamatan, tugas dan tanggungjawab utama polis adalah menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras kegiatan jenayah bukan hanya tertumpu kepada mengintip aktiviti pihak pembangkang.

Pihak pembangkang mempunyai hak untuk bersuara dan menjalankan aktiviti mereka dengan bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak berkenaan terkecuali mereka melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan negara barulah pihak polis boleh mengambil tindakan.

Sebagai anggota pasukan keselamatan pihak polis seharusnya bebas dari sebarang cengkaman pihak parti politik agar orang ramai akan menghormati anggota polis yang bertugas. Pihak polis sepatutnya menjalankan tugas mereka secara professional tanpa ada campurtangan pihak yang mempunyai kepentingan.

Apabila anggota polis bebas dari sebarang pengaruh politik kepartian sudah pasti rakyat akan mudah untuk berkerjasama dengan mereka.

Kita bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis asalkan mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur,amanah dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Ini sudah pasti akan menaikkan semula imej polis sebagai anggota keselamatan negara yang akan dihormati dan disegani oleh rakyat.

Jofri Jaraiee

PAS Miri

03 Januari 2012

Sepetang bersama MB Selangor

10 Safar 1433H. [MOD] -
RoketKini

Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang merupakan seorang bekas tokoh korporat. Sebagai ahli politik, beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Ijok di Selangor. Beliau telah meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Mazir Ibrahim untuk berkongsi pandangan tentang kejayaan kerajaan negeri Rakyat Pakatan Selangor serta isu-isu politik semasa.

Boleh ceritakan sedikit latar belakang Tan Sri dalam politik?

Saya datang dari latar belakang yang mana saya mengurus dan memimpin syarikat besar. Terdapat lebih dari 20,000 orang pekerja yang bekerja di bawah saya. Saya datang dari syarikat korporat yang mengawal dan mengurus dengan jayanya hal-ehwal kewangan.

Apa yang saya boleh katakan ialah, saya tidak ada apa yang digelar sebagai waktu munasabah dalam menyesuaikan diri dalam arena politik. Saya sertai PKR pada 2006, saya aktif dalam politik selama dua tahun sehingga dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi, pasukan kerja terbentuk secara bersama. Ia bukan seperti apabila anda berada dalam sebuah pasukan yang sedia ada dan kemudian bergerak menjadi sebuah organisasi. Itulah gambarannya.

Bagaimana dengan cabaran sebagai Menteri Besar ?

Apabila menjadi Menteri Besar, saya rasa seperti semua orang bercakap, “Kau dalam neraka sebab semua orang akan pastikan dan berharap kau akan gagal.” Saya hargai jika diletakkan begitu (neraka), tetapi saya juga tidak mahu mewujudkan sebuah neraka lain.

Malah, (bekas Timbalan Presiden PKR Senator) Dr Syed Husin Ali pernah berkata, “Saya ingatkan kamu Khalid, ramai kawan-kawan yang tidak sukakan anda, ia seakan melawan roh parti. Yang terbaik kita boleh buat ialah ‘potong tangan mereka’.” Tetapi berapa banyak (tangan) perlu saya potong dan berapa banyak pula tangan yang tidak patut saya potong? (ketawa)

Jadi akhirnya datang kepada kesimpulan bahawa, saya cuma ada dua pilihan sama ada mencari orang untuk saya cantas atau meneruskan program-program yang saya mahu lakukan untuk rakyat Selangor. Yang mana satu lebih yang penting? Jawapan saya ialah program-program untuk rakyat.

Jadi apa pula strategi saya? Bagaimana saya menggunakan sumber-sumber negeri untuk diterjemahkan kepada rakyat? Jadi, untuk menjadi pemimpin, perlu ada visi. Saya sangat tertarik dan suka untuk melakukan perkara-perkara sebegini. Saya bukan hanya bercakap, tetapi saya buat kerja.

Saya fikir, selepas tiga, empat tahun (memerintah dan mentadbir) saya tahu ramai yang berada bersama saya. Dan, sudah tentu ada juga yang tidak bersama saya, tetapi apabila lebih 70 peratus bersama saya, itu boleh diletakkan diri saya sebagai berjayalah. Malah, ketika ‘zaman kegemilangan UMNO-BN’ mereka pun tak dapat 50 peratus sokongan dari penjawat awam. Sesetengah dari mereka tidur ketika bekerja. (ketawa) Jadi itulah sebabnya saya tidak terlampau reaktif kerana saya cuma lebih reaktif kepada kejayaan program-program sahaja.

Bagaimana Tan Sri menterjemahkan usaha menjadi satu kejayaan ?

Pertama kali saya melangkah masuk pejabat, saya akan bertanya tentang ‘akaun negeri’ maksudnya balance sheet, sama ada ada keuntungan atau pun kerugian. Di sini, apa yang saya maksudkan ialah saya mencari kekuatan akaun negeri dan menyoal berapa banyak duit dan dana yang kita ada.

Dan sudah tentu, kakitangan awam negeri, yang sudah punya pengalaman, tahu ia adalah satu perkara yang mudah, jadi jawapan mereka ialah, “Ya, kita ada lebih RM400 juta duit dalam tangan.” Tetapi mereka tidak sedar saya melihat bukan dari jumlah wang tersebut tetapi pulangan duit itu. Jadi saya tanya pula apakah kadar yang kita dapat untuk bulan itu? Soalan itu meletakkan mereka dalam keadaan tidak selesa dan ganjil kerana mereka tidak fikir itu adalah perkara penting.

Jadi saya lihat sendiri akaun dan pulangan wang itu dan mengarahkan mereka untuk mengirim ucapan salam saya kepada pegawai bank yang mengambil wang kita. “Apa ini? Ada yang tak kena dengan MB ni, utus salam kepada orang lain (pegawai bank),” mereka tertanya-tanya. Bagaimana pun, mereka mengambil saranan saya dan setelah berjumpa dengan pegawai bank itu, selang dua hari kemudian, pegawai awam ini berjumpa saya dan berkata, “Ya, mereka sambut salam MB, dan mereka juga menaikkan kadar kepada dua peratus.”

Jadi ini apa maksudnya? Ini bermaksud dengan kadar dua peratus setahun dari RM400 juta, kami telah meningkatkan pulangan faedah sebanyak RM8 juta. Secara langsung ia bermaksud, cabaran kepada saya adalah memastikan bahawa saya dapat mengenal pasti sumber-sumber negeri dan terjemahkan untuk memberi keuntungan kepada rakyat Selangor. Dari itu, saya atur satu perancangan menjadi objektif kerajaan negeri kepada apa yang dipanggil Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Apa pandangan Tan Sri tentang prestasi Exco dan Adun Pakatan Rakyat?

Pandangan terhadap mereka sudah tentu perlu diakui bahawa sebahagian daripada mereka adalah baru dalam hal-hal sebegini. Kita perlu bersama-sama dengan mereka. Tetapi secara keseluruhan, yang bernasib baiknya ialah, mereka telah ada pengalaman mengendalikan program. MES (program Merakyatkan Ekonomi Selangor) berjaya apabila mereka meluangkan sepenuh masa dan jiwa kepada rakyat. Itulah yang telah dan perlu diterapkan lagi dalam diri.

Yang keduanya, saya rasa sesetengahnya mempunyai bakat terutamanya dalam berorganisasi, menyelesaikan masalah rakyat, menghargai birokrasi. Maka, ini menunjukkan mereka juga bagus dan pandai berbanding UMNO-BN.

Bagaimana pula peranan dan kerjasama penjawat awam negeri ?

Tidak, soalan yang sepatutnya ialah bagaimana penjawat awam respon kepada usaha saya. Soalan ini penting kerana ia bukan seperti bermain bola dengan membawa pengadil sendiri, bawa doktor sendiri dan sebagainya, bukan seperti itu. Perkara ini ialah, anda datang keseorangan sementara semua orang sudah berada di tempat masing-masing.

Bagaimana saya menyesuaikan diri? Saya rasa, saya lebih bertuah berbanding rakan-rakan politik yang lain kerana pernah bekerja bersama penjawat awam, saya faham tentang sesuatu kebiasaan, saya tahu bagaimana mereka menyesuaikan diri. Mereka perlu diberi jaminan berbanding diberi cabaran. Jika anda mencabar mereka, mereka akan menjadi lebih reaktif berbanding untuk menyokong anda.

Bagaimana dengan prestasi ekonomi negeri?

Saya fikir kita telah berjaya mengubah minda rakyat bahawa mereka kini sedar sumber ekonomi negeri Selangor adalah untuk mereka. Kemudian kita terjemahkan sumber-sumber itu kepada program yang dipanggil Hasil Negeri Untuk Rakyat. Saya fikir lebih 20 atau 40 tahun yang lalu, anda tidak mendengar jenis kenyataan sebegitu, walau pun terdapat kenyataan seperti 1Malaysia dan lain-lain. Tetapi ia tidak pernah benar-benar diterjemahkan menjadi sesuatu yang real. Tetapi kini kerajaan Selangor tidak seperti itu.

Maka dengan penilaian dan kapasiti saya, saya berjaya tingkatkan hasil negeri dan saya terjemahkannya dalam bentuk dividen buat rakyat. Saya rasa kami telah melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya kerana mereka tidak melihat dari sudut itu, mereka hanya melihat “Ya, kita bagi ikut permintaan,” tetapi tidak melihat kepada kesan mikro dan mengapa mereka melakukannya.

Bagaimana dengan ekonomi Selangor dan ekonomi Malaysia dari kaca mata Tan Sri?

Sudah tentu ekonomi Selangor sangat berhubung kait dengan ekonomi Malaysia. Malah, ekonomi Selangor merupakan gambaran kepada ekonomi Malaysia kerana Selangor menyumbangkan tidak kurang daripada 25 peratus dari ekonomi Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Selangor memberi sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi Malaysia. Malaysia ini menjalankan dasar ekonomi terbuka maka, Selangor juga menjalankan dasar yang sama.

Maknanya kebanyakan urus niaga yang kita lakukan ini ada hubungkaitnya dengan negara luar. Lebih 70 peratus daripada apa yang kita hasilkan ke luar (eksport) yang bermakna domestik kita tidak bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dalam negeri, tetapi ekonomi dunia. Berdasarkan pergolakan ekonomi dunia seperti di Eropah yang masih berjuang menyelesaikan masalah mereka, Amerika Syarikat pula punya masalah sendiri.

Gambaran cerah yang dapat dilihat adalah dari rantau Asia seperti China, India dan sebagainya. Tetapi kita boleh lagi berkata yang kita berada di dalam rantau yang betul dan masih selamat, Asean dan Asia. Walau pun begitu, kita tidaklah benar-benar dalam kedudukan yang sangat selesa.

Oleh itu, bolehlah saya katakan perkara yang baik berlaku sekarang dalam susunan untuk ekonomi bertahan dalam tempoh sangat tidak selesa. Maka itu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kita telah meningkatkan aktiviti-aktiviti domestik yang pastinya selaras seperti apa yang kita perlukan, memajukan (boosting) Lembah Klang.

Kita telah pun berada di situ. Itulah sebabnya BN tidak tidur lena. Ekonomi Selangor akan melonjak dengan pelbagai program dan urus niaga yang akan dilakukan. Negeri-negeri di bawah UMNO akan berhadapan masalah, tetapi Selangor tidak akan berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti itu.

Program pencegahan rasuah (dalam Geran Selangorku ada program pembasmian rasuah dan penyelewengan ), setakat ini bagaimana responnya?

(Ketawa) Everybody is scared now! Sekarang saya cuba untuk melaksanakan satu persatu dahulu. Sekarang kita sudah ada dana untuk diterjemahkan seperti contohnya Transparency International. Mereka akan menilai cara untuk melakukan tender dan boleh mengenal pasti sama ada berlaku rasuah atau tidak. Mereka juga memerlukan penyelidikan tertentu. Saya akan menggunakan wang itu untuk diberikan kepada mereka.

Terdapat sebuah lagi yang mahu sertai tetapi itu saya perlu baca dan mengkaji dahulu. Tetapi yang lain-lain pula, cuma bermain sembunyi-sembunyi sebab saya rasa ia adalah kerana budaya Malaysia sendiri, akan ada yang berkata, “Si polan itu rasuah, si polan ini pun rasuah.”

Tetapi apabila ditanya kembali kenapa berkata begitu, mereka akan cakap, “Tak tahu tetapi saya tahu si polan itu rasuah.” Jadi, kami mahu mengubah budaya sebegini. Dalam masa sama, whistle blower (pendedah penyelwengan) juga penting, tetapi anda perlu ingat bahawa mereka juga ada liabiliti. You blow the whistle you may loose the job. (Anda dedahkan sesuatu anda mungkin hilang kerja). Oleh kerana itu kita perlukan insurans, dan itulah sebabnya saya masukkan sekali (insurans).

Bagaimana hubungan dengan Istana Selangor?

Berhubung isu dengan Sultan, anda perlu patuh, isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti patuh kepada raja-raja dan kedudukan istimewa Melayu. Ia telah termaktub di situ melainkan jika kita mahu mempersoalkannya, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan Perlembagaan. Ya, terdapat orang-orang di dalam istana yang mahu kita menguatkuasakannya, tetapi secara keseluruhan ia kembali kepada tahap asal yang telah ditubuhkan (berdasarkan Perlembagaan).

Isu gereja Damansara, kita boleh dikatakan ia berjaya diselesaikan secara profesional. Tidak ada lagi spekulasi. Jika anda fikir kejadian itu memang berlaku, laporkan. Anda tidak boleh cuma membayangkan dan kemudian mengatakan, “Ya kejadian itu memang berlaku.”

Di akhir kelak, salah satu kriteria yang paling penting untuk kejayaan Pakatan ialah dapat bekerja semula sebagai satu pasukan yang kukuh. Inilah isu yang lebih penting. Saya yakin yang kita memang boleh sebab kita berjuang kerana tujuan yang lebih besar. Dan ia sentiasa merangsang minda dan keazaman kita.

Bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ?

Saya perlu sebut di sini setelah tiga tahun, kita boleh melihat masyarakat telah merasakan bahawa mereka berada dalam situasi yang lebih baik sekarang. Betapa selesanya berbanding 2008, saya sendiri sedikit terkejut. Rakyat sudah mengenali kita dengan lebih dekat. Sebelum ini mereka kenal kita dengan meneka, tetapi sekarang mereka kenal kita kerana mereka betul-betul kenal kita. Kita adalah sebahagian dari mereka.

Malah, ketika saya masuk ke kawasan Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan lain-lain itu. Masyarakat di sana baik-baik saja. Mereka banyak bercerita tentang ‘kejahatan’ kami yang ditulis melalui Utusan. Tetapi saya fikir secara keseluruhannya, kami telah mendekati rapat masyarakat dan kami sekurang-kurangnya tidaklah seburuk 2008.

Kami lakukan pelbagai program untuk rakyat, yang diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan negeri Selangor selama lima tahun. Untuk itu kami telah membuat dan sentiasa merangka plan. Kalau tahun ini ada pilihan raya dalam dua atau tiga bulan pertama, bagaimana saya sempat terjemahkan belanjawan itu kepada rakyat Selangor?

Sebab itu saya katakan dahulu, kalau Kerajaan Persekutuan hendak mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun 2012, baru kita akan mempertimbangkannya. Tetapi jika mereka hendak adakan pada Januari, Februari, Mac, kita tidak akan pertimbangkan.

Apa risiko perbezaan pembubaran DUN dan Parlimen?

Hujah saya ialah, saya mahu membuktikan kepada rakyat tanpa mengira apa yang Kerajaan Persekutuan buat. Saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat sebaik mungkin yang setakat yang saya fikir saya mampu lakukan.

Gambarkan begini, (pilihan raya) cuma ada dua kesan iaitu sama ada kita kalah atau menang. Jika kita menang, jelas bahawa usaha kita mendapat sambutan rakyat. Jika kita kalah, kita masih ada peluang lagi pada pilihan raya seteusnya (PRU14). Kita perlu lawan kembali sehingga menang. – Roketkini.com

Sekat Kuliah : Tekanan politik ?



10 Safar 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terpanggil untuk mededahkan satu surat pengarahan yang menyifatkannya penangguhan sementara semua kuliah Maghrib dan Subuh bermula awal Januari 2012 di Masjid Daerah Taiping berkuatkuasa serta merta tanpa tempoh tetap bila ianya akan disambung semula. Kami sifatkan penangguhan ini ibarat melarang aktiviti majlis ilmu yang digalakkan dalam Islam dan ini amat bertentangan sama sekali.

Bagi kami, jika alasan aduan tentang guru-guru yang mengajar menjadi persoalan, adakah semua guru yang dibenarkan mengajar tersebut mempunyai masalah yang sama? Kenapa pula semua aktiviti majlis ilmu di waktu Maghrib dan Subuh terus dibekukan atau disekat semuanya sekali? Justeru, kami mendesak agar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) tampil bagi menjelaskan perkara tersebut.

Kami juga merasakan, usaha menyekat majlis ilmu ini sepatutnya tidak berlaku di dalam negeri ini. Adakah tindakan larangan tersebut atas desakan politik di sana? Jika kerana berkaitan politik, kenapa isu Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Umno Bahagian Taiping yang pernah menjadikan Masjid sebagai pentas politik tidak diambil tindakan?


SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Isu mahasiswa dibincang dalam Konvensyen Pakatan

10 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 3 Jan: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa kesal dengan insiden menimpa mahasiswa ketika mengadakan bantahan aman menuntut kebebasan akademik di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Sabtu lalu.


Sehubungan itu juga, isu mahasiswa akan dijadikan satu agenda besar pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini bersetuju ingin menjadikan isu mahasiswa sebagai agenda perbahasan pada konvensyen yang akan diadakah di Alor Setar Kedah nanti.

"Perkara ini akan menjadi keutamaan apabila kita melihat kepada insiden yang berlaku dua hari lepas terhadap mahasiswa," jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Keadilan di Tropicana di sini.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Selain insiden di UPSI yang menyebabkan dua orang mahasiswa cedera teruk itu, Pakatan Rakyat juga kata Anwar kecewa melihat kepada beberapa buah universiti yang bertindak mengokong pemikiran mahasiswa serta menghalang wacana bebas ahli akademik.

Selain isu mahasiswa, konvensyen Pakatan Rakyat akan datang juga akan membincangkan soal menifesto bersama ketiga-tiga parti atas nama menifesto Pakatan Rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Agenda lain juga termasuklah isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Malaysia dan isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Harakahdaily/-

AirAsia X tawar tambang murah

9 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 3 Jan. - AirAsia X, syarikat sekutu tambang rendah AirAsia, menawarkan tambang istimewa ke destinasi di Australia, Eropah, Korea Selatan dan Jepun dari Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, promosi ”Blast Off 2012” menawarkan tambang rendah bermula 3-15 Jan bagi perjalanan segera dari 9 Januari hingga 31 Mac yang boleh diperoleh secara eksklusif dalam talian di www.airasia.com.

"Tambang termasuk semua ke Jepun bermula serendah RM406 ke Osaka dan RM556 ke Tokyo dari Kuala Lumpur, manakala perjalanan ke Australia adalah dari RM496 ke Perth, RM616 ke Gold Coast dan RM646 ke Melbourne.

"Destinasi antarabangsa lain yang ditawarkan adalah dari RM436 ke Seoul, RM716 ke Paris dan RM836 ke Gatwick,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, setelah terdapat permintaan yang belum dipenuhi bagi destinasi terpilih semasa jualan akhir tahun tahun lepas, syarikat memutuskan untuk menawarkan tawaran khas ini kepada penumpangnya.

"Pelanggan boleh merebut tawaran ”fly-thru” dari Australia ke Jepun dan Eropah dan sebaliknya atau ke Kuala Lumpur dan disambungkan ke Asia Tenggara dan seterusnya,” kata beliau.

Tujuh sekolah di Kelantan ditutup esok kerana banjir


9 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU 3 Jan. - Tujuh sekolah di Kelantan iaitu tiga di Tumpat dan masing-masing dua di Rantau Panjang dan Gua Musang terpaksa ditutup esok berikutan banjir.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang berkata, penutupan itu yang membabitkan lebih 2,000 pelajar susulan sekolah dilanda banjir, khususnya di Rantau Panjang yang dibanjiri limpahan air Sungai Golok.

Tiga sekolah rendah di Tumpat itu terpaksa diberhentikan sesi persekolahan sehingga pukul 12.30 tengah hari ini kerana air mula menggenangi bangunan sekolah berkenaan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pak Yong, SK Telok Jering dan SK Simpangan.

Hussin berkata, guru besar sekolah berkenaan telah mengumpul semua murid dan memberi taklimat mengenai keselamatan dan ibu bapa telah dihubungi untuk mengambil anak-anak mereka.

Dua sekolah di Gua Musang ialah SK Bihai dan SK Balar manakala di Rantau Panjang ialah Sekolah Agama Al-Falah dan Sekolah Agama Al-Dinniah.

"Pihak sekolah telah diminta memantau keselamatan murid bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata, kesemua sekolah terlibat akan memulakan persekolahan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - BERNAMA

Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam

9 Safar 1433H. [MOD] -

Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

NONEFadiah (kiri) yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.

"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru.

Lagi tamparan kepada MCLM berhubung kenyataan RPK

9 Safar 1433H. [MOD] -

Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri.

NONESemua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu.

"Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia,” kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya.

Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Malaysiakini/-

Kontrak lounge suit: Nga saman penulis blog RM10j

9 Safar 1433H. [MOD] -


Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog yang mendakwa bahawa dirinya telah menyalahgunakan kuasa sebagai exco semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

NONE"(Saya akan) failkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyaman blogger kerana memfitnah saya," katanya pada posting di Facebook hari ini.

Dalam tuntutannya Jumaat lalu, Nga telah menghantar surat kepada penulis blog Ahmad Sofian Yahya supaya membuat permohonan maaf kepada dirinya dalam tempoh 48 jam.

Ini kerana penulis blog pro-BN berusia 47 tahun itu didakwa memfitnahnya melalui artikel di www.sekupangduas.blogspot.com

Blogger itu bagaimanapun dilaporkan enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendakwa peyalahgunaan kuasa oleh Nga, yang ketika itu exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan.

[Baca berita penuh]

Versi Bernama

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini menfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap seorang blogger 'Sekupangdua', Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya.

Writ saman itu difailkan pada 11.30 pagi tadi melalui peguamnya Leong Cheok Keng, Augustine Anthony dan Nga Hock Cheh dari Tetuan Leong & Tan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ia difailkan.

NONEDalam writ saman itu, plaintif turut menuntut satu injuksi bagi menghalang defendan atau ejen dan pekerja defendan daripada menulis, menerbit serta atau memaparkan pengataan, kenyataan, tulisan berunsur fitnah dalam blog 'Sekupangdua' ataupun dalam apa jua cara yang menyentuh plaintif atau anggota keluarganya.

Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada 16 Dis lepas, defendan telah menulis dan menerbitkan satu artikel yang mengandungi fitnah terhadapnya menerusi artikel bertajuk 'Panas! Bongkar Nga Kormeng dan Pakatan Rakyat Menyamun' serta memaparkan atau menyebabkan artikel itu dipaparkan dalam blog berkenaan bertujuan merosakkan, merendahkan dan memusnahkan nama baiknya di kalangan rakyat Malaysia.

Nga turut mendakwa artikel itu telah dibaca, muat turun dan diedarkan dengan liputan yang luas sehingga plaintif diminta menjelaskan kesahihan dan kebenaran artikel berkenaan oleh wartawan media arus perdana, media online, anggota parti DAP-PKR-Pas, pengundi dan rakyat Malaysia.

NONEBerdasarkan permintaan serta tuntutan wartawan, anggota dan pemimpin gabungan parti politik DAP-PKR-Pas, pengundi serta ramai rakyat negara, plaintif tidak boleh membiarkan artikel tersebut tanpa menafikan, memperjelaskan kesahihan serta kebenaran artikel tersebut kepada kesemua pihak berkenaan.

Kandungan artikel itu dan perkataan-perkataan yang terkandung di dalam artikel itu adalah berunsurkan fitnah dan difahami merujuk kepada plaintif, dakwanya. Plaintif menyatakan namanya mempunyai bunyi sama dengan 'Nga Komeng' serta perkataan di dalam artikel tersebut mempunyai makna biasa dan semula jadi adalah bermaksud dan difahami sebagai merujuk kepadanya sebagai seorang yang tidak jujur dan amanah, penyamun harta rakyat Malaysia, menyalahgunakan kuasa sebagai seorang anggota Exco kerajaan negeri semasa urustadbir negeri Perak, seorang pemimpin yang korup dan munafik, tidak layak menjadi Anggota Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri Perak atau memegang sebarang jawatan awam dan hipokrit.

Artikel itu adalah fitnah semata-mata kerana plaintif tidak pernah berlaku secara tidak amanah, menyalahgunakan kuasa dan tidak pernah campur tangan dalam urusan pemberian tender Majlis Bandaraya Ipoh untuk memihak kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi isterinya sendiri, dakwanya.

Defendan juga didakwa membuat satu laporan kononnya salah guna kuasa yang dilakukan oleh plaintif kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan berterusan kepada plaintif.

NONEPlaintif yang juga Anggota Parlimen Taiping menerusi peguam caranya telah menghantar satu surat tuntutan bertarikh 28 Dis 2011 kepada defendan supaya meminta maaf rasmi dan membayar ganti rugi kepada plaintif namun defendan enggan berbuat demikian malah dengan angkuh melanjutkan dan meneruskan fitnah serta sindirian di dalam blog berkenaan.

Nga turut mendakwa akibat daripada fitnah bertulis yang palsu dan dibuat serta diterbitkan secara niat jahat, beliau telah hilang maruah dan reputasi serta mengalami tekanan mental yang teruk di samping karakter, reputasi serta jawatannya telah dicalar dengan serius.

Plaintif menyatakan defendan mempunyai niat jahat di dalam menulis dan menerbitkan artikel itu dengan tujuan menghancurkan dan memusnahkan nama baiknya, kerjaya politik dan segala karier politiknya di masa depan akan terus musnah.

Selain itu, Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis turut menuntut defendan menyiarkan satu pernyataan mohon maaf bertulis kepada plaintif dalam tiga akhbar arus perdana berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina serta di dalam blog 'Sekupangdua'.

NONESelain ganti rugi am berjumlah RM10 juta itu, plaintif turut menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang jumlahnya difikirkan sesuai oleh mahkamah di samping faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam sidang media berasingan, Ahmad Sofian berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya serta tidak akan memohon maaf kepada Nga walaupun berdepan dengan tindakan saman.

"Hari ini juga saya mahu Nga menarik balik tuduhan beliau yang keluar dalam portal berita Malaysiakini bertarikh 19 Dis yang menuduh saya mempunyai rekod mengada-adakan bukti serta memalsukan dokumen," katanya sambil memberi tempoh 48 jam untuk Nga memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan atau berdepan dengan tindakan saman olehnya.

Malayskaini/-

PR Gerakkan 100,000 Orang Berhimpun Secara Aman

9 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 3 JAN: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, muslihat Umno-Barisan Nasional yang merekasaya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar.

"Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti.

"Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process.", katanya.

Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini.

Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama.

"Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim.

"Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan.

"Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Januari jam 8 malam di tapak ekspo.

"Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut.

"Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan menggerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini.

"Saranan saya, jangan seorang pun membawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya menyeru ahli Pas untuk turun pada 9 Jan," katanya.

tv selangor/-

Doa Kekal Hidayah

9 Safar 1433H. [MOD] -

Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahhab.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

tazkirah/-

Penjelasan polis ulang tayang skrip lama - Mohd Sabu

9 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.

"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad (gambar).

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad.

Harakah Daily

Ubat curi HKL dijual kepada pasaran gelap

9 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA – Ubat-ubatan bernilai RM1 juta yang disedari hilang ketika kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuat pemeriksaan stok di HKL pada 28 Disember lalu dipercayai dicuri untuk dijual di pasaran gelap di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, pihaknya percaya ubat berkenaan yang dijumpai semula di sebuah premis di Jalan Duta, Kuala Lumpur tiga hari lalu adalah untuk dijual secara tidak sah bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda berbanding nilai sebenar ubat itu.

Katanya, kes berkenaan adalah serius kerana apabila ubat itu berada di pasaran gelap dan dijual secara tidak sah, ia akan menyebabkan ubat tersebut bercampur dengan ubat-ubatan tiruan dan berkualiti rendah.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya untuk membeli ubat-ubatan di pasaran gelap yang mungkin datang daripada hasil curi atau kualitinya tidak elok.

“Apabila sudah bercampur-campur dalam pasaran gelap, mungkin ada yang asli dan tidak, jadi sukar untuk dipastikan mana satu yang betul. Nasihat saya jangan beli terus ubat yang tidak tahu asal usulnya,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Kosmo

Lima sekeluarga dibunuh kejam di Sibu

9 Safar 1433H. [MOD] -

SIBU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang merupakan ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Shafie berkata polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa.

Satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Law Hong Soon petang ini berhubung kes itu, katanya.

sinar harian/-

Nik Aziz lahir simpati dengan mahasiswa

9 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 3 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).

Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.

“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya.

(Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz)

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 10 orang wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan memorandum Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus dan Mahasiswa.

Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi Menteri Besar, Kota Darulnaim.

Sambungnya, ia adalah antara kezaliman serta ketidakadilan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri.

Tambahnya, malah dirinya sebagai orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat secarah sah dalam pilihanraya umum sejak 21 tahun lalu turut dinafikan banyak haknya sebagai ketua kerajaan di negeri itu.

Katanya, menyentuh akta ini semua golongan mahasiswa tidak boleh bebas dalam menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu.

Jelasnya, golongan terpelajar ini bukan sahaja belajar di universiti, sebaliknya juga di luar seperti berhimpun sebagaimana Islam sendiri mengajar umatnya berhimpun lima kali sehari untuk menunaikan solat.

“Pergi solat berjemaah nak sebut berhimpun ke, demontrasi ke sama saja, sebab demontrasi ni maksudnya berhimpun di masjid beramai-ramai di masjid, Arafah setahun sekali dan ianya ada asas dalam Islam.

“Kerana itu demontrasi ni adalah hak manusia, hak pelajar di mana mereka (pelajar) bakal menjadi pemimpin di suatu hari nanti,”ujarnya.

Katanya, semua pemimpin dan menteri yang ada sekarang ini akan meninggal dunia suatu hari nanti dan golongan pelajar hari ini bakal menggantikan mereka.

Sehubungan itu, beliau begitu bersetuju sekiranya pelajar bermula di peringkat bawah hingga ke peringkat paling atas diajar bagaimana untuk berurusan dengan rakyat.

“Pelajar universiti ni belajar bukan untuk menjadi orang kaya semata-mata, jadi menteri ke, bukan sebaliknya mereka perlu dilatih bagaimana menjadi seorang pemimpin,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun menyatakan memorandum yang diserahkan padanya untuk meminta kerajaan negeri bersuara berhubung AUKU agar dimansuhkan, ianya tidak boleh dilakukan.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak ada hak untuk berbuat demikian, kecuali sekiranya perkara yang sama berlaku dalam Yik ianya akan ditangani mengikut cara Islam.

Harakah Daily

Pukul mahasiswa: J’kuasa siasatan awam perlu ditubuhkan segera

9 Safar 1433H. [MOD] -

JOHOR 3 Jan: KEADILAN Johor menuntut satu jawatankuasa siasatan awam diadakan bagi menyiasat kejadian mahasiswa, Safwan Anang Taib yang cedera akibat dipukul polis, 1 Januari lalu.

Ketua Penerangannya, Syed Hamid Ali berkata, KEADILAN memandang serius keganasan terhadap mahasiswa dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS), yang dianjur di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu.

“Kami menuntut kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khasnya, segera mengadakan pendengaran awam dan siasatanterbuka berhubung kejadian di mana Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Taib, telah cedera parah dan 17 yang lain ditangkap.

“Jawatankuasa Siasatan Awam itu hendaklah terdiri daripada pakar-pakar perundangan dan NGO yang bebas; selepas siasatan dilakukan, laporannya hendaklah diumumkan,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Katanya, jawatankuasa itu merupakan pendekatan terbaik untuk menangani peristiwa ini memandangkan pelbagai khabar angin tersebar sehingga mengelirukan orang ramai dan menimbulkan syak wasangka.

Ini kerana Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan mendakwa tulisan di beberapa blog mengenai kecederaan dua mahasiswa akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

Bagaimanapun, kata Syed Hamid, Safwan Anang pula mendakwa dia telah dipaksa oleh polis untuk berbohong dan menandatangani dokumen yang menyatakan dia “cedera akibat jatuh”.

“Sebab itulah kami menuntut supaya Jawatankuasa Siasatan Awam ditubuhkan dengan segera untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan bagi semua pihak,” katanya.

Keadilan Daily

9 Januari penting bagi rakyat tuntut perubahan- Surendran

9 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 3 Dis : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tanggal 9 Januari merupakan tarikh penting buat rakyat Malaysia dalam menentukan perubahan berlaku di negara ini.

Ini kerana menurutnya, kes perbicaraan Fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari tersebut.

“Umno kini cuba menyekat rakyat Malaysia berjalan ke arah kebebasan, dengan cuba untuk menghapuskan politik Anwar Ibrahim melalui sistem keadilan yang berpihak dan patuh kepada mereka (umno),”

“Inilah sebabnya 9 Januari penting untuk rakyat Malaysia. Pendirian tegas Anwar terhadap sistem yang tidak adil telah memberikan semangat dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi tekanan yang mengekang iltizam rakyat untuk menuntut perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi ini tarikh ini juga merupakan kemuncak perjuangan dalam membentuk negara yang diinginkan rakyat terutamanya dalam menuntut perubahan dalam sistem keadilan.

“Apa jua keputusan pada 9 Januari ini, kita akan melihat bahawa rakyatlah yang akan menentukan kedudukan terhadap kerajaan sekarang,” kata beliau.

Surendran turut membidas badan behakiman yang dilihat gagal menegakkan hak asasi yang terkandung dalam perlembagaan, malah membiarkan hak tersebut dicabuli.

“Rakyat telah menderita di bawah undang-undang yang keras, rasuah yang berleluasa dan penyalahgunaan jawatan awam untuk memberi keuntungan,” kata beliau.

Keadilan Daily