10 Safar 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA - Pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 pada hari keputusan perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu diumumkan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk turut serta dalam perhimpunan itu.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari tersebut.
“Kita jamin tiada insiden yang tidak baik berlaku pada 9 Januari nanti, melainkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memprovokasi.
“Perhimpunan besar-besaran itu bagi memastikan rakyat sentiasa bersama-sama PR pada Pilihan Raya Umun (PRU) akan datang,” katanya pada sidang media PR, di sini, semalam.
Perbicaraan kes liwat itu katanya tidak akan menggagalkan rancangan Pakatan untuk membentuk kerajaan persekutuan dan berikrar bahawa PR dan PKR akan terus berjuang untuk rakyat.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan bersungguh-sungguh.
“Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud PRU yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberikan kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambah baik pentadbiran negara.
“Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
“Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan